Efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan 328 orang pensyarah Kolej Komuniti Semenanjung Malaysia.Instrumen yang digunakan ialah Lecturer Self-efficacy (LSE), Jobs Descriptive Index(JDI) dan Attitud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Wil, Che Hazina, Abdul Kadir, Rusnani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50833/1/Greduc034%20Che%20Hazina%20Che%20Wil.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50833/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc034%20Che%20Hazina%20Che%20Wil.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan 328 orang pensyarah Kolej Komuniti Semenanjung Malaysia.Instrumen yang digunakan ialah Lecturer Self-efficacy (LSE), Jobs Descriptive Index(JDI) dan Attitudes Towards Seeking Professional Psychological Help Scale (ATSPPHS). Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri pengajaran pensyarah adalah paling tinggi (Min = 167.78, SP = 30.85) berbanding tahap efikasi penyelidikan (Min = 134.11, SP = 37.53) dan perkhidmatan (Min = 78.62, SP = 20.70). Manakala majoriti tahap kepuasan kerja pensyarah berada di tahap sederhana iaitu 271 orang (82.62%). Seterusnya sikap pensyarah Kolej Komuniti terhadap perkhidmatan kaunseling adalah negatif iaitu 294 orang (89.64%). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara efikasi kendiri pensyarah dengan kepuasan bekerja [r =.038, p >.05] tetapi terdapat hubungan yang lemah antara efikasi kendiri pensyarah dengan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling [r = 112*, p <.05]. Ujian ANOVA pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min efikasi kendiri dengan tempoh berkhidmat (F (4, 323) = 8.168, P>.05) tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara min efikasi kendiri pensyarah berdasarkan tahap pendidikan (F (3,324) = 5.630, P <.05). Selain itu juga didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan bekerja pensyarah Kolej Komuniti [F(4,323) = .486, p >.05] bagi tempoh berkhidmat, dan tahap pendidikan [F(3,324) = .711, p > .05].