Keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah

Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan kemahiran pengurusan yang berlanjutan, guru besar dan guru-guru yang berkepentingan perlu memiliki kompetensi dalam pengurusan kewangan melalui latihan pengurusan kewangan dari masa ke masa. Shahril@Charil Marzuki (2008) menyatakan, bagi meringankan tugas penge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharin, Suriyati, Abdul Kadir, Suhaida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50889/1/Greduc069%20Suriyati%20bt%20Baharin.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50889/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc069%20Suriyati%20bt%20Baharin.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan kemahiran pengurusan yang berlanjutan, guru besar dan guru-guru yang berkepentingan perlu memiliki kompetensi dalam pengurusan kewangan melalui latihan pengurusan kewangan dari masa ke masa. Shahril@Charil Marzuki (2008) menyatakan, bagi meringankan tugas pengetua atau guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua juga perlu membentuk jawatankuasa kewangan sekolah yang terdiri dari pengetua selaku pengerusi dan dibantu oleh GPK 1, selaku naib pengerusi manakala setiausaha terdiri daripada pegawai kerani, sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, guru-guru kanan mata pelajaran dan guru audit. Latihan dan kursus yang dihadiri oleh guru-guru akan memberi pengetahuan pengurusan kewangan sekolah semasa dan dapat bersama-sama memikul tanggungjawab dalam menguruskan kewangan sekolah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah khususnya dalam aspek peruntukan bantuan perkapita geran (PCG), Panjar Wang Runcit (PWR), pembelian barang / aset dan pengurusan barang / aset sekolah.Kaedah yang digunakan berbentuk tinjauan dan melibatkan 169 guru sekolah rendah di Seremban. Dapatan kajian menunjukkan keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah adalah pada tahap tinggi.