Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 menggunakan model pengukuran Rasch

Soal selidik Gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 telah dibina untuk mengukur kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar mengikut budaya Asia dan persekitaran pembelajaran yang melibatkan penghibridan kaedah pembelajaran bersemuka, dalam talian berasaskan laman sesawang dan pembelajaran kendiri. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Din, Rosseni, Ahmad, Mazalah, Kamarul Zaman, Muhammad Faisal, Mohamad Sidek, Norhaslinda, Abdul Karim, Aidah, Johar, Nur Ayu, Jusoff, Kamaruzaman, Zakaria, Mohamad Shanudin, Mastor, Khairul Anwar, Ariffin, Siti Rahayah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51840/1/Kesahan%20dan%20kebolehpercayaan%20soal%20selidik%20gaya%20e-Pembelajaran%20%28eLSE%29%20versi%208.1%20menggunakan%20model%20pengukuran%20Rasch.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51840/
http://www.ukm.my/jqma/jqma5_2a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Soal selidik Gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 telah dibina untuk mengukur kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar mengikut budaya Asia dan persekitaran pembelajaran yang melibatkan penghibridan kaedah pembelajaran bersemuka, dalam talian berasaskan laman sesawang dan pembelajaran kendiri. Kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan bukti empirikal tentang kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik eLSE versi 8.1 dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Satu tinjauan telah dilaksanakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap 302 orang pelajar Tahun 3 daripada program TESL, Sains, Sukan dan Rekreasi, Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran. Daripada 302 soal selidik yang diedarkan itu, hanya 295 yang telah dikembalikan untuk dianalisis. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik eLSE diukur dengan Model Pengukuran Rasch menggunakan perisian Winstep versi 3.68.2. Ujian keunidimensian mencatatkan varians reja terpiawai sebanyak 29.6% dengan dimensi sekunder terbesar dalam kontras pertama yang mencatatkan varians sebanyak 12.1%. Analisis Rasch menunjukkan indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.83 dan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96. Dari sudut polariti item, setiap item dapat menyumbang kepada pengukuran gaya pembelajaran responden kerana nilai PTMEA CORR setiap item melebihi 0.30, iaitu antara 0.31 hingga 0.57. Ujian kepadanan item menunjukkan tiada item dalam soal selidik yang perlu digugurkan kerana nilai min kuasa dua infit item-item terletak di antara 0.82 hingga 1.29 dan nilai min kuasa dua outfit item-item adalah di antara 0.80 hingga 1.40. Item-item dalam soal selidik disusun dalam kontinum menokok untuk pengukuran konstruk gaya e-Pembelajaran. Dapatan ini memberikan kesahan konstruk soal selidik eLSE. Model Pengukuran Rasch telah membuktikan bahawa soal selidik eLSE mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam pengukuran gaya e-Pembelajaran.