Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia
Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia, bermula dari tahun-tahun 1950-an hingga tahun-tahun 2000-an. Kajian ini dijalankan bertolak daripada pemahaman bahawa garapan tema dalam novel remaja berkemungkinan besar dipengaruhi oleh berbagai-bagai peristiwa ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/1/FBMK%202014%2026.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
id |
my.upm.eprints.52444 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.524442024-10-16T02:56:50Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/ Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia Mohd Hanafiah, Halis Azhan Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia, bermula dari tahun-tahun 1950-an hingga tahun-tahun 2000-an. Kajian ini dijalankan bertolak daripada pemahaman bahawa garapan tema dalam novel remaja berkemungkinan besar dipengaruhi oleh berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat (iaitu faktor-faktor luaran teks). Antara peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Malaysia ini ialah perkembangan pendidikan di Malaysia,perubahan dasar kerajaan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, masalahmasalah dalam dunia penerbitan buku, peranan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, peranan pendidik, ahli politik dan sasterawan, masalah kegawatan sosial remaja, kepentingan peraduan mengarang dan hadiah sastera dan sebagainya. Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, untuk menganalisis tema-tema dalam novel remaja Malaysia. Kedua, untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dikaji dengan faktor-faktor luaran teks pada dekad penukilannya. Dan akhir sekali, untuk mensintesiskan dinamika tema dalam novel-novel remaja di Malaysia yang dikaji dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Kajian ini keseluruhannya tertumpu kepada 30 buah novel remaja Malaysia, tetapi hanya lima buah novel dipilih bagi mewakili setiap dekad. Kriteria-kriteria pemilihan bahan kajian ialah sesebuah novel remaja itu sama ada pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau digarap oleh seorang novelis yang produktif dan prolifik dalam penulisan novel remaja, serta pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau pernah menerima sambutan khalayak (critical reception). Untuk mencapai tiga objektif yang digariskan, kajian itu menggemblengkan beberapa prinsip Sosiologi Sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Adolphe Taine, Georg Lukacs, Lucien Goldmann dan Alan Swingewood. Daripada prinsip-prinsip ini, Sosiologi Sastera menunjukkan bahawa sesebuah novel remaja dapat diteliti sebagai sebuah dokumen sosial dan novelisnya pula dapat dilihat sebagai sumber makna. Kajian ini juga menggemblengkan beberapa alat penceritaan seperti watak dan perwatakan, plot, konflik, gaya bahasa dan sebagainya untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dipilih. Kajian ini seterusnya menemui beberapa dapatan penting. Pertama, antara tema yang selalu digarap dalam novel remaja Malaysia ialah kegigihan dalam kehidupan, kecekalan dalam menangani cabaran, pencegahan jenayah, kasih sayang, perbezaan kelas sosial, dakwah Islamiah, masalah sosial remaja, sains dan teknologi, kepentingan pendidikan kepada masyarakat, kerjasama dalam masyarakat, konflik percintaan dan seni dan budaya. Kedua, tema-tema yang digarap adalah berkait rapat dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Ini dengan sendirinya mendorong novelis untuk memanfaatkan perubahan-perubahan ini dalam penulisan novel-novel remaja Malaysia. Akhir sekali, adalah jelas ditemui dinamika tema dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Novelis-novelis didapati cenderung untuk membincangkan persoalanpersoalan yang lumrah seperti pendidikan, pembangunan masyarakat, kekeluargaan dan nilai-nilai Islam dan moral. Pada masa yang sama, mereka juga cenderung untuk membincangkan persoalan-persoalan yang kontemporari seperti kelas sosial, sejarah,perpaduan kaum, advencer, konflik percintaan dan masalah kegawatan sosial remaja. Dapatan-dapatan ini dengan jelas membuktikan bahawa wujudnya dinamika tema dalam novel-novel remaja Malaysia dengan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. 2014-03 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/1/FBMK%202014%2026.pdf Mohd Hanafiah, Halis Azhan (2014) Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Young adult fiction, Malay - Malaysia Young adult literature - Study and teaching |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
Young adult fiction, Malay - Malaysia Young adult literature - Study and teaching |
spellingShingle |
Young adult fiction, Malay - Malaysia Young adult literature - Study and teaching Mohd Hanafiah, Halis Azhan Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
description |
Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia, bermula dari tahun-tahun 1950-an hingga tahun-tahun 2000-an. Kajian ini dijalankan bertolak daripada pemahaman bahawa garapan tema dalam novel remaja berkemungkinan besar dipengaruhi oleh berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat (iaitu faktor-faktor luaran teks). Antara peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Malaysia ini ialah perkembangan pendidikan di Malaysia,perubahan dasar kerajaan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, masalahmasalah dalam dunia penerbitan buku, peranan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, peranan pendidik, ahli politik dan sasterawan, masalah kegawatan sosial remaja, kepentingan peraduan mengarang dan hadiah sastera dan sebagainya. Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, untuk menganalisis tema-tema dalam novel remaja Malaysia. Kedua, untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dikaji dengan faktor-faktor luaran teks pada dekad penukilannya. Dan akhir sekali, untuk mensintesiskan dinamika tema dalam novel-novel remaja di Malaysia yang dikaji dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Kajian ini keseluruhannya tertumpu kepada 30 buah novel remaja Malaysia, tetapi hanya lima buah novel dipilih bagi mewakili setiap dekad. Kriteria-kriteria pemilihan bahan kajian ialah sesebuah novel remaja itu sama ada pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau digarap oleh seorang novelis yang produktif dan prolifik dalam penulisan novel remaja, serta pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau pernah menerima sambutan khalayak (critical reception). Untuk mencapai tiga objektif yang digariskan, kajian itu menggemblengkan beberapa prinsip Sosiologi Sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Adolphe Taine, Georg Lukacs, Lucien Goldmann dan Alan Swingewood. Daripada prinsip-prinsip ini, Sosiologi Sastera menunjukkan bahawa sesebuah novel remaja dapat diteliti sebagai sebuah dokumen sosial dan novelisnya pula dapat dilihat sebagai sumber makna. Kajian ini juga menggemblengkan beberapa alat penceritaan seperti watak dan perwatakan, plot, konflik, gaya bahasa dan sebagainya untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dipilih. Kajian ini seterusnya menemui beberapa dapatan penting. Pertama, antara tema yang selalu digarap dalam novel remaja Malaysia ialah kegigihan dalam kehidupan, kecekalan dalam menangani cabaran, pencegahan jenayah, kasih sayang, perbezaan kelas sosial, dakwah Islamiah, masalah sosial remaja, sains dan teknologi, kepentingan pendidikan kepada masyarakat, kerjasama dalam masyarakat, konflik percintaan dan seni dan budaya. Kedua, tema-tema yang digarap adalah berkait rapat dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Ini dengan sendirinya mendorong novelis untuk memanfaatkan perubahan-perubahan ini dalam penulisan novel-novel remaja Malaysia. Akhir sekali, adalah jelas ditemui dinamika tema dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Novelis-novelis didapati cenderung untuk membincangkan persoalanpersoalan yang lumrah seperti pendidikan, pembangunan masyarakat, kekeluargaan dan nilai-nilai Islam dan moral. Pada masa yang sama, mereka juga cenderung untuk membincangkan persoalan-persoalan yang kontemporari seperti kelas sosial, sejarah,perpaduan kaum, advencer, konflik percintaan dan masalah kegawatan sosial remaja. Dapatan-dapatan ini dengan jelas membuktikan bahawa wujudnya dinamika tema dalam novel-novel remaja Malaysia dengan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. |
format |
Thesis |
author |
Mohd Hanafiah, Halis Azhan |
author_facet |
Mohd Hanafiah, Halis Azhan |
author_sort |
Mohd Hanafiah, Halis Azhan |
title |
Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
title_short |
Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
title_full |
Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
title_fullStr |
Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
title_full_unstemmed |
Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia |
title_sort |
dinamika tema dalam novel remaja di malaysia |
publishDate |
2014 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/1/FBMK%202014%2026.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52444/ |
_version_ |
1814054573664370688 |