Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan pendekatan didik hibur sebagai alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran murid mulai tahun 2010 sangat dialu-alukan. Ini adalah kerana ramai guru masih selesa menggunakan pendekatan pengajaran tradisional semasa menyampaikan pengajaran. Gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Owing, Ji Seng, Md. Sabil, Azhar, Othman, Shamsudin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54305/1/Tahap%20pengetahuan%20dan%20sikap%20guru%20terhadap%20pendekatan%20didik%20hibur%20dalam%20pengajaran%20Bahasa%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54305/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol-4-2-november-2018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan pendekatan didik hibur sebagai alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran murid mulai tahun 2010 sangat dialu-alukan. Ini adalah kerana ramai guru masih selesa menggunakan pendekatan pengajaran tradisional semasa menyampaikan pengajaran. Guru Bahasa Melayu memberikan input yang banyak kepada murid agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Namun kurang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan mewujudkan suasana pengajaran yang membosankan dan tidak menarik. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif deskriptif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 327 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat, Selangor dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata bernisbah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (M = 4.00, SP = 0.34) manakala sikap guru Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana (M = 3.55, SP = 0.41). Hasil dapatan ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Hulu Langat mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pendekatan didik hibur tetapi memiliki sikap yang sederhana terhadap pendekatan didik hibur. Sikap guru dalam aspek afektif menunjukkan tahap yang sederhana (M = 3.64, SP = 0.50), manakala aspek tingkah laku pula menunjukkan tahap yang positf (M = 3.80, SP = 0.48) dan aspek kognitif menunjukkan tahap yang sederhana (M = 3.23, SP = 0.48). Kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur di sekolah rendah daerah Hulu Langat. Kementerian Pendidikan Malaysia harus menyediakan bengkel atau kursus berkaitan pendekatan didik hibur bagi memantapkan tahap pengetahuan dan sikap guru. Sebagai kesimpulannya, guru mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan sikap terhadap pendekatan didik hibur agar dapat dilaksanakan dengan berkesan semasa pengajaran guru.