Konsep pemikiran Melayu nusantara dalam peribahasa Melayu

Umum kita mengetahui bahawa peribahasa Melayu itu merupakan hasil ciptaan masyarakat Melayu lama dan telah disampaikan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Peribahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang bersama-sama tumbuhnya masyarakat Melayu yang menunjukkan daya pemikiran dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Hassan, Ahmad Fuad, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54980/1/KONSEP%20PEMIKIRAN%20MELAYU%20NUSANTARA%20DALAM%20PERIBAHASA%20MELAYU.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54980/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Umum kita mengetahui bahawa peribahasa Melayu itu merupakan hasil ciptaan masyarakat Melayu lama dan telah disampaikan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Peribahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang bersama-sama tumbuhnya masyarakat Melayu yang menunjukkan daya pemikiran dan pemerhatian yang tajam terhadap kehidupan dan alam yang berada di sekeliling mereka. Uniknya walaupun peribahasa ini sudah lama dicipta, namun sehingga kini peribahasa Melayu tetap digunakan dalam masyarakat Melayu, malah ada juga masyarakat yang menjadikannya sebagai pegangan hidup. Tradisi pemikiran ini merujuk· pengalaman sesuatu bangsa yang berfikir, merenungi dan memahami alamnya, baik yang ada di sekeliling kehidupan hariannya, iaitu alam yang nyata, mahupun yang abstrak, iaitu alam ghaib. Hal ini telah terbukti dan umum mengetahuinya bahawa telah lahir pemikir Melayu yang hebat seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel dan sebagainya yang telah berjaya merungkaikan konsep-konsep ilmu, bukan sahaja pada ilmu yang nyata ada di sekeliling mereka, malah mereka sudah dapat membicarakan tentang ketuhanan dalam karya-karya mereka. Pengalaman ini semuanya telah membentuk pandangan orang Melayu sejak turun-temurun melalui proses pemikiran, renungan, dan imaginasi yang kreatif dan akliah, pragmatik, dan alamiah.