Prediktor Tingkah Laku Keibubapaan Ibu Dan Kesejahteraan Anak Dari Keluarga Melayu Bercerai
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) menyatakan bahawa pembentukan institusi keluarga yang sejahtera adalah penting bagi menjana modal insan berdaya saing. Pergolakan dalam institusi keluarga mengakibatkan ikatan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Di Malaysia, bilangan keluarga bercerai ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2009
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5527/1/FEM_2009_2a.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5527/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) menyatakan bahawa pembentukan institusi
keluarga yang sejahtera adalah penting bagi menjana modal insan berdaya saing.
Pergolakan dalam institusi keluarga mengakibatkan ikatan perkahwinan berakhir dengan
perceraian. Di Malaysia, bilangan keluarga bercerai yang diketuai oleh ibu adalah
semakin meningkat dan kajian mendapati keluarga ibu bercerai menghadapi pelbagai
kesulitan hidup berbanding keluarga lengkap, disamping memberi kesan terhadap
kesejahteraan anak Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan prediktor bagi
tingkah laku keibubapaan ibu dan kesejahteraan anak dari keluarga Melayu bercerai.
Sampel utama (N=413) kajian merupakan ibu yang telah bercerai dan salah seorang
anak mereka yang masih bersekolah (rendah atau menengah) sebagai subsampel kajian
(anak fokus; n=100). Data telah dikumpulkan secara temu bual bersemuka menggunakan
borang soal selidik. Tingkah laku keibubapaan ibu telah diukur menggunakan „Parental
Bonding Instrument’ (Parker, Tupling & Brown, 1979). Kesejahteraan anak pula diukur
berdasarkan tiga aspek iaitu tekanan perasaan [Center for Epidemological Studies-
Depression Scale (Radloff, 1977)], penghargaan kendiri „Rosenberg Self-Esteem Scale’ Rosenberg, 1979) dan pencapaian akademik. Kesemua instrumen yang digunakan telah
diadaptasi mengikut kesesuaian budaya tempatan.
Penemuan hasil kajian menunjukkan tingkah laku keibubapaan ibu Melayu bercerai
yang tinggi mempengaruhi faktor kemurungan dan penghargaan kendiri anak.
Responden ibu Melayu bercerai juga menunjukkan persepsi penghargaan kendiri ibu
yang baik dan keprihatinan yang tinggi mempengaruhi kesejahteraan anak.
Kesejahteraan anak (tekanan perasaan, penghargaan kendiri dan pencapaian akademik)
yang dikaji pula adalah pada tahap yang sederhana dan ianya dipengaruhi oleh faktor
tingkah laku sosial anak yang positif. Penghargaan kendiri ibu Melayu bercerai yang
dikaji merupakan faktor penyumbang utama dan mempengaruhi tingkah laku
keibubapaan ibu. Manakala tingkah laku sosial anak pula adalah faktor yang
mempengaruhi kesejahteraan anak dari keluarga Melayu bercerai. Situasi ini
menggambarkan bahawa persepsi penghargaan kendiri ibu dan tingkah laku sosial anak
fokus yang dipamerkan memberi kesan positif terhadap kualiti kesejahteraan keluarga
Melayu bercerai.
Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan baru terhadap bidang ekologi keluarga
Melayu bercerai dan kualiti kesejahteraan hidup individu ibu dan anak. Faktor penentu
tingkah laku keibubapaan ibu dan kualiti kesejahteraan anak yang stabil mendorong
kepada sistem ekologi keluarga (jaringan sokongan, sumber ekonomi dan kefungsian
keluarga) Melayu bercerai berfungsi dengan lebih baik. |
---|