Perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi abad ke-20 hingga kini

Sistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Norhafiza, Abdul Aziz, Adi Yasran, Wan Sulong, Wan Muhammad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56285/1/Perkembangan%20sistem%20ejaan%20Jawi%20Tradisi%20abad%20ke-20%20hingga%20kini.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56285/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20170620100531MAHAWANGSA_Vol_3(1)_Jun_2016_(21_Dec_2016)_(1).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III (SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya dan tidak perlu diubah lagi.