Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti: kajian empirik firma insurans am di Malaysia

Kertas ini mengkaji secara empirik faktor penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans am di Malaysia. Model struktur berasaskan teori Structure Conduct and Performance (SCP) telah digunakan untuk menganggar dua fungsi utama iaitu fungsi keberuntungan dan fungsi produktiviti. Kajian menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansur, Mustazar, Radam, Alias, Yaakub, Yuslindal
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57088/1/Struktur%20pasaran%2C%20gelagat%20firma%20dan%20produktiviti%20kajian%20empirik%20firma%20insurans%20am%20di%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57088/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas ini mengkaji secara empirik faktor penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans am di Malaysia. Model struktur berasaskan teori Structure Conduct and Performance (SCP) telah digunakan untuk menganggar dua fungsi utama iaitu fungsi keberuntungan dan fungsi produktiviti. Kajian menggunakan data panel bagi tempoh 40 tahun yang melibatkan 50 buah syarikat insurans untuk penganggaran model penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS). Empat hipotesis telah diuji iaitu hipotesis SCP, hipotesis Relative Market Power (RMP), hipotesis Efficient-Structure (ES) dan hipotesis Market-Power (MP). Dapatan kajian menunjukkan fungsi keuntungan firma insurans am mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pendapatan premium, pulangan atas pelaburan dan pusing ganti aset tetap. Syer pasaran, pusing ganti jumlah aset dan harga insurans pula mempunyai hubungan yang negatif dengan fungsi keuntungan firma insurans am. Dalam fungsi produktiviti firma, terdapat hubungan positif yang signifikan antara pulangan atas aset, produktiviti pengurusan, syer pasaran, komisen agen dan pusing ganti aset tetap dengan fungsi produktiviti firma insurans am. Sementara itu, pemboleh ubah pusing ganti jumlah aset, pulangan atas pelaburan, produktiviti buruh dan harga insurans pula mempunyai hubungan negatif dengan fungsi produktiviti firma insurans am.