Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia

Penyelidikan ini memfokuskan perbandingan metabahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) 2010 dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) 2011. Fokus utama tesis ini adalah untuk menghuraikan penggunaan medan maklumat,menjelaskan pemerian makna bahasa objek, menganalisis cara persemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chong, Oi Chin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/1/FBMK%202015%2041RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.57834
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.578342017-10-23T08:40:32Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/ Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia Chong, Oi Chin Penyelidikan ini memfokuskan perbandingan metabahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) 2010 dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) 2011. Fokus utama tesis ini adalah untuk menghuraikan penggunaan medan maklumat,menjelaskan pemerian makna bahasa objek, menganalisis cara persembahan bahasa objek, dan mereka bentuk konvensi leksikografi untuk penambahbaikan penyusunan kamus ekabahasa Melayu. Sebanyak 1087 kata entri yang dijadikan sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kerangka prinsip umum leksikografi, model medan maklumat,dan pendekatan konvensi leksikografi untuk mengenal pasti dan menganalisis metabahasa dalam proses penyusunan kamus ekabahasa serta hubung kaitnya pemerian makna bahasa objek dengan berpandukan Teori Analisis Komponen Makna. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini untuk menganalisis hasil dapatan yang diperoleh. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat memang wujud perbezaan dari segi susunan atau kedudukannya, selain telah memasukkan maklumat asas yang sepatutnya dalam sesebuah kamus ekabahasa selaras dengan model medan maklumat yang disyorkan oleh Dale Edgar et. al. (1971). Selain itu, kamus ekabahasa Melayu mempunyai bahasa objek dan metabahasanya yang sama,iaitu bahasa Melayu. Pemerian makna bahasa objek pula terbahagi kepada lima jenis, yang dapat menyingkap persamaan dan perbezaan komponen maknanya. Seterusnya,dari aspek cara persembahan bahasa objek, penyelidik mendapati bahawa KD4 dan KBBI4 telah memasukkan semampat maklumat bagi sesuatu entri dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu dan teknik mampatan. Namun, kaedah kesejadian atau keidiomatikan bahasa hanya digunakan oleh KD4 secara tidak tekal tetapi tidak dalam KBBI4. Akhir sekali, penganalisisan konvensi leksikografi yang merangkumi kod pelabelan, penggunaan kata, dan pengungkapan definisi telah membantu penyelidik mereka bentuk rajah ciptaan sendiri dengan memasukkan semampat maklumat dalam kerangka informasinya. Sementara itu, perbandingan kedua-dua buah kamus telah dilaksanakan dan membuktikan bahawa wujud persamaan,perbezaan, dan kekurangan atau kelemahan dalam metabahasa. Secara keseluruhannya,penggunaan metabahasa boleh menjadi ukuran atau kriteria penting dalam penentuan keberhasilan sesebuah kamus ekabahasa Melayu yang bermutu. 2015-06 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/1/FBMK%202015%2041RR.pdf Chong, Oi Chin (2015) Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Penyelidikan ini memfokuskan perbandingan metabahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) 2010 dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) 2011. Fokus utama tesis ini adalah untuk menghuraikan penggunaan medan maklumat,menjelaskan pemerian makna bahasa objek, menganalisis cara persembahan bahasa objek, dan mereka bentuk konvensi leksikografi untuk penambahbaikan penyusunan kamus ekabahasa Melayu. Sebanyak 1087 kata entri yang dijadikan sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kerangka prinsip umum leksikografi, model medan maklumat,dan pendekatan konvensi leksikografi untuk mengenal pasti dan menganalisis metabahasa dalam proses penyusunan kamus ekabahasa serta hubung kaitnya pemerian makna bahasa objek dengan berpandukan Teori Analisis Komponen Makna. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini untuk menganalisis hasil dapatan yang diperoleh. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat memang wujud perbezaan dari segi susunan atau kedudukannya, selain telah memasukkan maklumat asas yang sepatutnya dalam sesebuah kamus ekabahasa selaras dengan model medan maklumat yang disyorkan oleh Dale Edgar et. al. (1971). Selain itu, kamus ekabahasa Melayu mempunyai bahasa objek dan metabahasanya yang sama,iaitu bahasa Melayu. Pemerian makna bahasa objek pula terbahagi kepada lima jenis, yang dapat menyingkap persamaan dan perbezaan komponen maknanya. Seterusnya,dari aspek cara persembahan bahasa objek, penyelidik mendapati bahawa KD4 dan KBBI4 telah memasukkan semampat maklumat bagi sesuatu entri dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu dan teknik mampatan. Namun, kaedah kesejadian atau keidiomatikan bahasa hanya digunakan oleh KD4 secara tidak tekal tetapi tidak dalam KBBI4. Akhir sekali, penganalisisan konvensi leksikografi yang merangkumi kod pelabelan, penggunaan kata, dan pengungkapan definisi telah membantu penyelidik mereka bentuk rajah ciptaan sendiri dengan memasukkan semampat maklumat dalam kerangka informasinya. Sementara itu, perbandingan kedua-dua buah kamus telah dilaksanakan dan membuktikan bahawa wujud persamaan,perbezaan, dan kekurangan atau kelemahan dalam metabahasa. Secara keseluruhannya,penggunaan metabahasa boleh menjadi ukuran atau kriteria penting dalam penentuan keberhasilan sesebuah kamus ekabahasa Melayu yang bermutu.
format Thesis
author Chong, Oi Chin
spellingShingle Chong, Oi Chin
Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
author_facet Chong, Oi Chin
author_sort Chong, Oi Chin
title Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
title_short Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
title_full Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
title_fullStr Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
title_full_unstemmed Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
title_sort metabahasa dalam kamus ekabahasa melayu malaysia dan indonesia
publishDate 2015
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/1/FBMK%202015%2041RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834/
_version_ 1643836606336991232