Penggunaan Multimedia Dalam Perkamusan di Sekolah Menengah
Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri kamus yang dipilih. Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5877/1/FBMK_2005_17%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5877/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan
keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri
kamus yang dipilih. Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan
Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraikan makna entri-entri yang
dipilih dengan menggunakan prinsip-prinsip multimedia. Entri-entri dan subentri yang
diambil daripada Kamus Dewan edisi 1998, ialah sebanyak 1 17 entri yang dibahagikan
kepada kata nama, kata istilah, kata adjektif dan kata kerja. Hasil soal selidik daripada
respondan dianalisis, dan dikaitkan dengan teori-teori pembelajaran iaitu Teori
Behaviourisme, Teori Fahaman Binaan (Teori Konstruktif), Teori Pemrosesan
Maklumat, Teori Neurosains, Teori Kecerdasan Pelbagai., dan Teori Kontekstual.
H a d kajian mendapati, dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menerapkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, animasi, grafik, dan teks,
kefahaman terhadap entri kamus yang dipilih terutama yang berbentuk abstrak seperti
mimik muka, dapat lebih jelas lagi. Penggunaan elemen multimedia, hiperteks,dan boleh
terus melayari internet menyebabkan perisian Kamus Multimedia yang dibina ini menjadi
lebih menarik dan sesuai dijadikan bahan untuk pembelajaran terutama dalam
penggunaan kamus. |
---|