Analisis kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja dan dwiobjek bahasa Cina oleh pelajar Melayu IPTA

Pelajar-pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua lazimnya melakukan kesilapan sintaksis dalam membina ayat bahasa Cina. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja/frasa kerja dan ayat dwiobjek yang dibina oleh pelajar-p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ang, Lay Hoon, Lau, Su Kia, Suffian Sahuri, Sakina Sahuri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60279/1/44-18.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60279/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pelajar-pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua lazimnya melakukan kesilapan sintaksis dalam membina ayat bahasa Cina. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja/frasa kerja dan ayat dwiobjek yang dibina oleh pelajar-pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina. Seramai 40 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Data yang dikaji secara kualitatif ini adalah ayat yang salah dari segi urutan kata. Ayat tersebut diperoleh dari sampel penulisan pelajar. Pelajar Melayu bukan sahaja menyalahletakkan kata kerja dan objek dalam kedua-dua jenis ayat bahasa Cina tersebut, malahan menyisipkan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan ke dalam ayat tersebut. Didapati bahawa kesilapan-kesilapan urutan kata tersebut mempunyai pola yang tertentu, misalnya “Subjek + kata kerja (KK) + qu (ke) + tempat”, “Subjek + qu (pergi) + KK + zai (di) + tempat” dan “Subjek + KK/FK + yong (menggunakan) + kata nama”. Selain itu, objek tepat dan objek sipi juga lazim diterbalikkan dalam ayat mereka. Gangguan bahasa ibunda (bahasa Melayu) merupakan salah satu faktor yang mengakibatkan pelajar-pelajar Melayu cenderung membina ayat dwikata kerja/frasa kerja dan ayat dwiobjek bahasa Cina berdasarkan urutan kata bahasa Melayu.