Ujaran implisit dalam filem Melayu klasik Sri Mersing

Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Kadir, Fatin Rabiha, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Pahang 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63621/1/Ujaran%20implisit%20dalam%20filem%20Melayu%20klasik%20Sri%20Mersing.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63621/
http://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/504
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit yang terdapat dalam filem Melayu klasik ‘Sri Mersing’ dan menganalisis makna ujaran yang implisit menggunakan teori Relevans. Teori ini mengandungi tiga komponen penting iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses. Kajian analisis teks dijalankan dengan menyata dan menghuraikan pengujaran implisit yang telah dikenal pasti serta mendedahkan peranan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam merungkai makna ujaran yang implisit dalam filem tersebut. Hasil kajian mendapati lima petikan ujaran dalam filem ‘Sri Mersing’ yang mempunyai makna implisit. Elemen implisit tersebut mendedahkan keperluan memahami ujaran yang disampaikan dengan menggunakan konteks dan kesan konteks. Dapatan kajian memperlihatkan pemahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kaya dengan ujaran dan makna implisit. Di samping itu, kajian ini juga telah menonjolkan keindahan dan keunikan bahasa yang terdapat dalam filem Melayu tradisional terutamanya sekitar 60-an.