Penilaian belia terhadap portal berita dalam talian

Penerbitan dalam talian semakin berkembang selari dengan perkembangan internet. Masyarakat mula beralih kepada pembacaan portal berita dalam talian untuk membaca berita. Portal berita mempunyai faktor prominen iaitu mempunyai sesuatu elemen yang menonjol seperti reka bentuk, topik dan sebagainya yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurdin, Rahmawati, Ahmad Ghazali, Akmar Hayati, Sha'ri, Sharil Nizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64284/1/WCIK2017_038_2i18A4kDQ5.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64284/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penerbitan dalam talian semakin berkembang selari dengan perkembangan internet. Masyarakat mula beralih kepada pembacaan portal berita dalam talian untuk membaca berita. Portal berita mempunyai faktor prominen iaitu mempunyai sesuatu elemen yang menonjol seperti reka bentuk, topik dan sebagainya yang menarik perhatian pembaca untuk membaca portal tersebut. Wartawan di medium baru ini sentiasa mengemaskini maklumat supaya pembaca tidak perlu tertunggu-tunggu untuk mendapatkan berita terkini. Namun begitu, timbul beberapa persoalan tentang kredibliti portal berita dalam talian kerana sifat internet yang mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa melakukan penelitian keatas maklumat tersebut. Berbeza dengan akhbar yang perlu melalui proses editorial dan “gatekeeping” yang ketat sebelum disiarkan. Walaupun menyedari hakikat ini, pembaca tetap memilih portal berita dalam talian. Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan belia.dan mengenal pasti perkaitan faktor prominen dengan penerimaan belia terhadap berita dalam talian. Teori yang menjadi asas dalam penyelidikan ini ialah Teori Prominen-Interpretasi. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 400 orang responden daripada empat buah Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan maklumat yang kerap dibaca oleh responden berbentuk jenayah, hiburan dan politik. Selain itu, ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor prominen terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh belia. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa portal berita dalam talian diterima oleh belia disebabkan faktor prominen iaitu pengalaman, tugasan dan reka bentuk, penglibatan dan topik serta faktor interpretasi iaitu andaian, kemahiran atau pengetahuan dan konteks. Oleh itu, faktor prominen perlu dipertingkatkan pada portal berita dalam talian terutamanya faktor reka bentuk dan topik yang sesuai dengan minat pembaca bagi menarik perhatian mereka.