Hubungan daya tindak dan stres dengan kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar semester akhir diploma Kolej Profesional Mara Ayer Molek, Melaka

Kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar amat perlu diberi perhatian terutama bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian di sesebuah institusi pengajian. Seseorang pelajar dianggap bersedia untuk menempuh alam pekerjaan setelah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta membuat ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Amin, Khairul Azwan, Abu Talib, Mansor
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64427/1/54-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64427/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar amat perlu diberi perhatian terutama bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian di sesebuah institusi pengajian. Seseorang pelajar dianggap bersedia untuk menempuh alam pekerjaan setelah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya mereka (M. Faizal & M. Azrul, 2015). Bagi pelajar yang masih tidak membuat persediaan kerjaya akan menghadapi rasa stres serta tercari-cari strategi daya tindak yang perlu dilakukan untuk meredakan tahap stres yang dialami. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perkaitan antara strategi daya tindak terhadap stres dan hubungannya dengan tahap kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar semester akhir Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Perbezaan antara faktor demografi (Social Economic Status, jantina) dengan tahap stres serta hubungan dengan kesediaan kerjaya dalam diri pelajar turut dibincangkan. Perbincangan ini juga meliputi pelajar program Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Pelajar-pelajar semester akhir yang tidak mempersiapkan diri dengan kesediaan kerjaya serta tiada daya tindak yang cukup sangat signifikan untuk mengalami stress.