Kaedah menangani kebosanan mahasiswa terhadap subjek Kenegaraan Malaysia
Antara usaha yang dilakukan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme serta memantapkan jati diri mahasiswa di sesetengah institusi pengajian tinggi adalah dengan mewajibkan kursus Kenegaraan Malaysia. Melalui subjek tersebut, mahasiswa akan mempelajari dan mendalami aspek-aspek asas yang berkaitan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64469/1/06-KU-HASNITA.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64469/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Antara usaha yang dilakukan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme serta memantapkan jati diri mahasiswa di sesetengah institusi pengajian tinggi adalah dengan mewajibkan kursus Kenegaraan Malaysia. Melalui subjek tersebut, mahasiswa akan mempelajari dan mendalami aspek-aspek asas yang berkaitan dengan sejarah negara, sistem pemerintahan serta pembinaan negara bangsa. Walau bagaimanapun subjek sedemikian dianggap membosankan bagi sebahagian besar mahasiswa kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan kurang menarik minat mereka. Justeru, kajian yang dijalankan secara kuantitatif ini meninjau kaedah-kaedah yang berupaya menarik minat mahasiswa untuk mengikuti kursus bertemakan pembinaan negara bangsa tersebut, seterusnya memantapkan semangat patriotisme mereka. Sampel kajian terdiri daripada 800 responden Universiti Awam (UA) iaitu, 400 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 400 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah berpengalaman mengambil kursus Kenegaraan Malaysia. Pengalaman mereka penting bagi mencapai objektif kajian ini. Responden Universiti Swasta (US) tidak terlibat dalam kajian ini kerana kursus Kenegaraan Malaysia atau yang seumpama dengannya tidak lagi diwajibkan kepada mahasiswa tempatan di peringkat ijazah semenjak tahun 2013 sekali gus tidak memenuhi kriteria pemilihan sampel untuk kajian. Hasil kajian memaparkan antara kaedah-kaedah yang dapat membantu mengatasi kebosanan mahasiswa terhadap kursus Kenegaraan Malaysia adalah seperti mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah, projek khidmat masyarakat, perbincangan hal ehwal semasa dalam kelas, dan sebagainya lagi. |
---|