Judul dan blurb buku ilmiah

Penerbitan buku ilmiah mempunyai tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat dan mempertingkat kesarjanaan seseorang ahli akademik, bukannya untuk mengutamakan keuntungan wang ringgit. Justeru, pembinaan judul atau tajuk buku ilmiah dan fakta utama yang menjadi ‘buah fikiran’ u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sha'ri, Sharil Nizam, Ahmad Ghazali, Akmar Hayati, Suhaimi, Mohamad Suhaizi, Hassan, Mohd Hazreen Shah, Reduzan, Norul Haida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64472/1/07--dr.sharil.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penerbitan buku ilmiah mempunyai tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat dan mempertingkat kesarjanaan seseorang ahli akademik, bukannya untuk mengutamakan keuntungan wang ringgit. Justeru, pembinaan judul atau tajuk buku ilmiah dan fakta utama yang menjadi ‘buah fikiran’ utama seseorang pengarang menjurus kepada tajuk, hendaklah yang jitu serta mantap untuk diterima oleh masyarakat atau pembaca. Dalam aspek penerbitan buku, blurb turut diberikan penekanan kerana penulisan ringkas dan padat tentang buku yang terletak di bahagian kulit belakang ini membantu proses pemahaman oleh pembaca terhadap buku ilmiah yang dibaca oleh mereka. Dalam kajian ini, sebanyak 10 buku ilmiah iaitu lima buku ilmiah pada tahun 2016 dan 2015 dipilih secara rawak dan analisis teks dilakukan untuk meneliti dan menganalisis pembinaan judul dan ilustrasi dalam buku tersebut. Buku terbitan Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih kerana Penerbit UPM antara penerbit di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti (ISO) yang khusus iaitu Prosedur Pengurusan Penerbitan Buku Ilmiah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa judul setiap buku ilmiah yang diterbitkan hendaklah jelas, mudah dan jitu untuk menarik perhatian pembaca dan menterjemahkan setiap bab yang terkandung sebagai sumber ilmu kepada pembacanya. Diikuti, penulisan blurb yang baik dan berkesan dapat menyampaikan inti pati kandungan buku ilmiah kepada pembaca dengan jelas. Judul dan blurb hendaklah dikuasai oleh seseorang pengarang untuk memastikan buku ilmiah boleh diterima dalam pasaran.