Pembentukan istilah baharu: sejauh mana kesejajarannya dengan pedoman?
Saban hari kemasukan perkataan baharu ke dalam kosa kata bahasa Melayu sering berlaku. Perkataan-perkataan tersebut lazimnya diperkenalkan sama ada melalui media cetak atau melalui media elektronik oleh individu tertentu untuk memenuhi keperluan pengguna dalam melancarkan komunikasi. Sebahagian besa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64476/1/09-drHASNAH.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64476/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Saban hari kemasukan perkataan baharu ke dalam kosa kata bahasa Melayu sering berlaku. Perkataan-perkataan tersebut lazimnya diperkenalkan sama ada melalui media cetak atau melalui media elektronik oleh individu tertentu untuk memenuhi keperluan pengguna dalam melancarkan komunikasi. Sebahagian besar perkataan tersebut dibawa masuk daripada istilah asing lalu diubah suai bentuk bahasanya mengikut pedoman pembentukan istilah sedia ada bagi memperkatakan bidang-bidang baharu. Namun demikian, ada juga istilah yang dibentuk menggunakan kaedah perekaciptaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa proses ini menyumbang terhadap pengayaan atau pertambahan kosa kata bahasa Melayu, serta mencerminkan pemikiran masyarakat yang semakin berkembang maju melalui pemasyarakatan pelbagai kosa kata khusus dalam pelbagai bidang ilmu. Namun persoalannya, adakah istilah yang baru dibentuk itu betul sebagaimana yang digariskan? Justeru, kajian ini akan meneliti istilah-istilah baharu dan istilah sedia ada yang tersebar dalam kalangan masyarakat dan menghuraikan aspek pembentukannya. Hal ini penting bagi membantu memastikan fenomena kemasukan perkataan baharu ke dalam kosa kata bahasa Melayu adalah sesuatu yang sihat, yakni perkataan yang diperkenalkan dan seterusnya disebarkan dan diterima pakai oleh masyarakat dapat melambangkan bahasa Melayu yang betul berlandaskan pedoman sedia ada. Kajian ringkas ini meneliti istilah baharu dan istilah sedia ada dalam pelbagai bidang yang digunakan di dalam akhbar tempatan. Istilah dan pentakrifannya dikumpulkan dan dihuraikan dari segi pembentukannya berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004). Hasil kajian dapat menghuraikan istilah yang baru dibentuk dan istilah sedia ada berdasarkan kaedah pembentukannya seterusnya perkaitan antara istilah dalam sistem konsep. |
---|