Hubungan antara motivasi kendiri, ancaman amatan, tanda tindakan dan pengetahuan pemakanan dengan tingkah laku makan murid obes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap motivasi kendiri, ancaman amatan, tanda tindakan, pengetahuan pemakanan dan tingkah laku makan sihat dalam kalangan murid yang berlebihan berat badan dan obes. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara motivasi kendiri,ancaman amat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Juwariah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64781/1/FPP%202015%2039IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64781/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji tahap motivasi kendiri, ancaman amatan, tanda tindakan, pengetahuan pemakanan dan tingkah laku makan sihat dalam kalangan murid yang berlebihan berat badan dan obes. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara motivasi kendiri,ancaman amatan, tanda tindakan dan pengetahuan pemakanan dengan tingkah laku makan sihat. Responden terdiri daripada 400 orang murid tingkatan Empat dan Lima yang mempunyai indeks jisim tubuh (IJT) 25.00 dan ke atas di 17 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif tahap motivasi kendiri menunjukkan ianya berada pada tahap sederhana (M=3.12, SP=0.59). Dapatan juga menunjukkan ancaman amatan (M=3.56, SP=0.86) berada pada tahap sederhana. Hasil analisis tanda tindakan (M=3.25, SP=0.74) dan tingkah laku makan sihat juga berada pada tahap sederhana. Manakala pengetahuan pemakanan berada pada tahap tinggi (M=65.8, SP=0.98). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kecil antara motivasi kendiri dengan tingkah laku makan sihat sihat (r(400) = .114, p<.05). Bagi hubungan ancaman amatan dengan tingkah laku makan sihat pula, tidak terdapat hubungan yang signifikan (r (400) = -.047, p>.05). Manakala hubungan antara tanda tindakan dan pengetahuan pemakanan pula menunjukkan hubungan yang signifikan dan kecil (r (400) = .141, p <.05) dan (r (400) = .146, p <.05) dengan tingkah laku makan sihat. Kesimpulannya, berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian ini,didapati bahawa murid yang berlebihan berat badan dan obes mempunyai motivasi kendiri, ancaman amatan, tanda tindakan dan tingkah laku makan sihat pada tahap yang sederhana. Manakala murid ini mempunyai tahap pengetahuan makanan yang tinggi berkaitan kandungan nutrien dalam makanan.