Pembelajaran berasaskan web (web based learning) dalam kalangan guru-guru bahasa Malaysia sekolah rendah daerah Bentong, Pahang

Pengajaran berasaskan web merujuk kepada penggunaan sumber-sumber World-Wide-Web (www) untuk membentuk persekitaran pengajaran yang lebih bermakna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Web dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan mementum kepada guru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohd Arif, Mahmud, Rosnaini, Sahid, Paridon, Yazid, Zainuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Malaysian Educational Technology Association 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64884/1/763.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64884/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengajaran berasaskan web merujuk kepada penggunaan sumber-sumber World-Wide-Web (www) untuk membentuk persekitaran pengajaran yang lebih bermakna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Web dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan mementum kepada guru-guru dengan mengintegrasikan kemudahan ini dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang berkaitan dengan tajuk yang berbentuk tinjauan ini telah dilakukan ke atas 31 orang guru Bahasa Malaysia yang mengajar di sepuluh buah sekolah rendah di daerah Bentong, Pahang. Tujuan kajian ialah mengenalpasti tahap kemahiran dan penggunaan laman web dalam kalangan guru-guru Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah Daerah Bentong. Kajian ini menumpukan kepada aspek kemahiran dari segi pengetahuan, sikap dan pencapaian penggunaan laman web bagi guru-guru Bahasa Malaysia. Kajian ini mendapati guru telah bersedia terhadap pengajaran Bahasa Malaysia menggunakan Laman Web sebagai media yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Malaysia. Pembelajaran berasaskan web juga menyebabkan guru-guru mengorak langkah berfikir perihal corak pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan secara tidak langsung berusaha mempelajari dan menguasai penggunaan teknologinya. Web merupakan perkakasan yang berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika digunakan sebaik mungkin. Kemudahan link dikenalpasti sebagai cara mendapatkan sumber maklumat dan pengetahuan tanpa sempadan. Contoh yang relevan ialah penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Pengaplikasian laman web di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat direalisasikan dengan penggunaan secara terus dan secara terpilih sesebuah laman web yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Untuk tujuan ini, pelbagai laman web yang sesuai digunakan dengan menggunakan enjin gelintar untuk mencari web yang berkaitan dengan topik-topik tertentu.