Tahap integrasi ICT dalam kalangan guru-guru daerah Hulu Langat Selangor

Hasrat Kementerian Pelajaran adalah untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru bagi mewujudkan corak dan sistem pendidikan yang berkualiti. Ia merupakan fokus utama dalam agenda pendidikan masa kini. Berdasarkan kepada dapatan yang dihasilkan melalui pemantauan dan kajian oleh Bahagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmud, Rosnaini, Ismail, Mohd Arif, Sahid, Paridon, Yazid, Zainuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Malaysian Educational Technology Association 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64886/1/764.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64886/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Hasrat Kementerian Pelajaran adalah untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru bagi mewujudkan corak dan sistem pendidikan yang berkualiti. Ia merupakan fokus utama dalam agenda pendidikan masa kini. Berdasarkan kepada dapatan yang dihasilkan melalui pemantauan dan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor mendapati bahawa tahap penggunaan yang rendah wujud samada dalam kalangan guru-guru sekolah rendah atau menengah. Satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru di daerah Hulu Langat Selangor dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan di daerah Hulu Langat melibatkan 22 buah sekolah yang terdiri dari 12 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Kajian telah dilakukan ke atas 88 orang guru iaitu 18 orang guru lelaki dan 70 orang guru perempuan dengan menggunakan borang soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat akan diberi kursus pengintegrasian ICT selama dua hari dengan memberi fokus kepada penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Soal-selidik untuk guru-guru dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A tentang latar belakang sekolah dan guru, bahagian B tentang penilaian dari aspek fizikal, bahagian C berkaitan dengan penilaian dari aspek peralatan media elektronik, bahagian D berkenaan penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik dan bahagian E tentang penilaian dari aspek kesediaan guru tentang ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Walaubagaimanapun majoriti guru-guru bersikap positif dan bersetuju bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan jika penggunaan dan pengintegrasian ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam di dalam bilik darjah dengan sebaik mungkin.