Hubungan antara kepercayaan, penerimaan, pengetahuan dan sikap terhadap amalan pertanian lestari dalam kalangan pensyarah pertanian

Peranan pensyarah pertanian sebagai salah satu agen perubahan hendaklah mempunyai sikap yang positif terhadap amalan pertanian lestari kerana dapat mempengaruhi tingkah laku mereka khususnya dalam pengajaran amalan pertanian lestari kepada pelatih kursus pertanian. Memahami kepercayaan dan penerimaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A. Ghani, Mohd Redzwan Khusyairi, Nazri, Mohd Ibrahim, Hamzah, Ramlah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66067/1/GREduc2015-13.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66067/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peranan pensyarah pertanian sebagai salah satu agen perubahan hendaklah mempunyai sikap yang positif terhadap amalan pertanian lestari kerana dapat mempengaruhi tingkah laku mereka khususnya dalam pengajaran amalan pertanian lestari kepada pelatih kursus pertanian. Memahami kepercayaan dan penerimaan pensyarah pertanian terhadap amalan pertanian lestari juga penting kerana mereka memperoleh nilai yang berguna melalui kepercayaannya untuk mempengaruhi pembelajaran seterusnya menyumbang kepada perubahan tingkah laku pelatih pertanian. Selain itu, kandungan dan kualiti pendidikan yang diterima oleh seseorang pelatih pertanian antaranya bergantung kepada pengetahuan pensyarah terhadap amalan pertanian lestari yang memegang tanggungjawab membimbing, mengajar, dan membantu proses pembelajaran. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepercayaan, penerimaan dan pengetahuan serta hubungannya dengan sikap terhadap amalan pertanian lestari dalam kalangan pensyarah pertanian. Kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik ini telah dibangunkan semula berdasarkan kajian sebelumnya untuk mengukur kepercayaan, penerimaan, pengetahuan dan sikap terhadap amalan pertanian lestari dalam kalangan pensyarah pertanian. Sampel kajian ini diambil menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dan seramai 226 pensyarah pertanian yang mengajar Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) dan Kursus Pertanian Kolej Vokasional (KPKV) di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah pertanian mempunyai tahap kepercayaan, penerimaan dan sikap terhadap amalan pertanian lestari yang tinggi dan tahap pengetahuan terhadap amalan pertanian lestari yang sederhana. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan, penerimaan, pengetahuan dan sikap pensyarah pertanian terhadap amalan pertanian lestari. Tahap sikap pensyarah pertanian terhadap amalan pertanian lestari yang tinggi yang dipengaruhi oleh kepercayaan, penerimaan dan pengetahuan mereka akan menyumbang kepada peningkatan dalam pengajaran amalan pertanian lestari kepada pelatih kursus pertanian. Pengajaran amalan pertanian lestari yang berterusan akan memberi manfaat kepada pelatih kursus pertanian dalam menjadikan mereka tenaga mahir pertanian yang dapat menjana pendapatan tinggi pada masa hadapan seterusnya mengubah perspektif masyarakat terhadap bidang pertanian di negara ini.