Penaakulan perkembangan tulisan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi

Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa mas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz, Adi Yasran, Wan Sulong, Wan Muhammad, Alias, Norhafiza
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66188/1/Penaakulan%20perkembangan%20tulisan%20Jawi%20mutakhir%20berdasarkan%20etimologi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66188/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20180724120938JURNAL_MAHAWANGSA_NOVEMBER_2017.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa masih banyak perubahan sistem ejaan yang berlaku dari tahun tersebut sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi Edisi Kedua (2008) diterbitkan. Maka seharusnya buku ini dijadikan sebagai pegangan muktamad pada masa ini. Dalam buku ini, terdapat sistem ejaan bagi kata serapan bahasa Arab dan kata serapan Inggeris, namun sistem ejaan kata Melayu jati tidak dinyatakan dengan jelas dan banyak kekecualian berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa isu timbul seperti pengejaan kata dasar dua suku kata yang mengecualikan hukum – rama pada akhir kata, kaedah umum ejaan kata serapan Arab dan ejaan ta marbutah, dan ejaan untuk gugus konsonan pada akhir kata bagi kata serapan Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi yang dapat difahami daripada buku tersebut. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini ialah kaedah perbandingan, iaitu membandingkan buku pedoman ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1986. Hasil penaakulan mendapati bahawa analisis berdasarkan pendekatan etimologi mampu mengurangkan kekecualian dan kekeliruan sebelum ini.