Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran bahasa yang paling asas dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa kedua. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu pelajar menghasilkan pertuturan yang baik. Kegagalan dalam menguasai kemahiran mendengar telah memberi kesan kepada sebutan bunyi huruf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Nazratul Aini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/1/FBMK%202017%2051%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.67404
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.674042019-03-14T06:50:57Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/ Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab Ramli, Nazratul Aini Kemahiran mendengar merupakan kemahiran bahasa yang paling asas dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa kedua. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu pelajar menghasilkan pertuturan yang baik. Kegagalan dalam menguasai kemahiran mendengar telah memberi kesan kepada sebutan bunyi huruf yang tiada dalam bahasa Melayu, kegagalan pelajar menyebut bunyi huruf di awal kata dan akhir kata dengan baik serta kesilapan pelajar dalam menyalin semula perkataan Arab yang didengar. Masalah ini menjadi semakin ketara sekiranya bunyi huruf dalam perkataan Arab tersebut mengandungi pasangan minimal iaitu bunyi huruf yang hampir sama dengan bunyi bahasa ibunda pelajar. Pada masa yang sama, pelajar juga turut terkesan dengan kedudukan huruf di awal kata atau di akhir kata dalam sesuatu perkataan semasa proses mengenal pasti dan menyebut. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan pelajar Melayu di peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab di awal dan akhir kata, menganalisis hubungan antara kesukaran pasangan bunyi huruf di awal kata dengan di akhir kata serta merumuskan faktor kesukaran pelajar Melayu di peringkat asas dalam mengenal pasti bunyi huruf Arab. Kajian yang menggunakan metodologi campuran kuantitatif dan kualitatif ini melibatkan 33 orang pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia. Mereka merupakan pelajar bahasa Arab kemahiran tahap 1 yang tidak mempunyai asas bahasa Arab sebelum ini. Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian diskriminasi dan temu bual lanjutan. Ujian diskriminasi digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar Melayu dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab di awal kata dan di akhir kata. Ujian ini dibina menggunakan perisian PRAAT yang menyimpan data dari pelajar secara automatik. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS). Hasil analisis menunjukkan pasangan bunyi huruf Thā’-Sīn, Ṣād-Sīn dan Dhāl-Zāy adalah pasangan bunyi yang paling sukar didiskriminasikan apabila berada di awal kata. Manakala, pasangan bunyi huruf Ḥā’-Hā’, ʿAyn-Hamzah dan Ṣād-Sīn pula didapati paling sukar untuk didiskriminasikan sekiranya berada di akhir kata. Keputusan ujian-t berpasangan menunjukkan bahawa pasangan minimal bunyi Ḥā’-Hā’ dapat didiskriminasikan dengan mudah apabila berada di awal kata namun sukar di akhir kata. Akan tetapi, tiga pasangan minimal lain Dhāl-Zāy, Ṣād-Sīn dan Thā’-Sīn didapati sukar didiskriminasikan di awal kata sementara mudah di akhir kata. Hasil temu bual mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi pelajar dalam mengenal pasti bunyi huruf Arab adalah pengaruh bahasa pertama ke atas bahasa kedua, pertembungan antara dua dialek dalam satu bahasa, gangguan psikologi, gangguan bunyi huruf yang hampir sama dalam dua bahasa dan faktor ekstra-linguistik. 2016-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/1/FBMK%202017%2051%20IR.pdf Ramli, Nazratul Aini (2016) Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kemahiran mendengar merupakan kemahiran bahasa yang paling asas dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa kedua. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu pelajar menghasilkan pertuturan yang baik. Kegagalan dalam menguasai kemahiran mendengar telah memberi kesan kepada sebutan bunyi huruf yang tiada dalam bahasa Melayu, kegagalan pelajar menyebut bunyi huruf di awal kata dan akhir kata dengan baik serta kesilapan pelajar dalam menyalin semula perkataan Arab yang didengar. Masalah ini menjadi semakin ketara sekiranya bunyi huruf dalam perkataan Arab tersebut mengandungi pasangan minimal iaitu bunyi huruf yang hampir sama dengan bunyi bahasa ibunda pelajar. Pada masa yang sama, pelajar juga turut terkesan dengan kedudukan huruf di awal kata atau di akhir kata dalam sesuatu perkataan semasa proses mengenal pasti dan menyebut. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan pelajar Melayu di peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab di awal dan akhir kata, menganalisis hubungan antara kesukaran pasangan bunyi huruf di awal kata dengan di akhir kata serta merumuskan faktor kesukaran pelajar Melayu di peringkat asas dalam mengenal pasti bunyi huruf Arab. Kajian yang menggunakan metodologi campuran kuantitatif dan kualitatif ini melibatkan 33 orang pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia. Mereka merupakan pelajar bahasa Arab kemahiran tahap 1 yang tidak mempunyai asas bahasa Arab sebelum ini. Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian diskriminasi dan temu bual lanjutan. Ujian diskriminasi digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar Melayu dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab di awal kata dan di akhir kata. Ujian ini dibina menggunakan perisian PRAAT yang menyimpan data dari pelajar secara automatik. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS). Hasil analisis menunjukkan pasangan bunyi huruf Thā’-Sīn, Ṣād-Sīn dan Dhāl-Zāy adalah pasangan bunyi yang paling sukar didiskriminasikan apabila berada di awal kata. Manakala, pasangan bunyi huruf Ḥā’-Hā’, ʿAyn-Hamzah dan Ṣād-Sīn pula didapati paling sukar untuk didiskriminasikan sekiranya berada di akhir kata. Keputusan ujian-t berpasangan menunjukkan bahawa pasangan minimal bunyi Ḥā’-Hā’ dapat didiskriminasikan dengan mudah apabila berada di awal kata namun sukar di akhir kata. Akan tetapi, tiga pasangan minimal lain Dhāl-Zāy, Ṣād-Sīn dan Thā’-Sīn didapati sukar didiskriminasikan di awal kata sementara mudah di akhir kata. Hasil temu bual mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi pelajar dalam mengenal pasti bunyi huruf Arab adalah pengaruh bahasa pertama ke atas bahasa kedua, pertembungan antara dua dialek dalam satu bahasa, gangguan psikologi, gangguan bunyi huruf yang hampir sama dalam dua bahasa dan faktor ekstra-linguistik.
format Thesis
author Ramli, Nazratul Aini
spellingShingle Ramli, Nazratul Aini
Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
author_facet Ramli, Nazratul Aini
author_sort Ramli, Nazratul Aini
title Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
title_short Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
title_full Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
title_fullStr Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
title_full_unstemmed Penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf Arab
title_sort penguasaan pelajar peringkat asas dalam mendiskriminasikan pasangan minimal bunyi huruf arab
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/1/FBMK%202017%2051%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67404/
_version_ 1643838894546878464