Dialek dan jati diri masyarakat Besut dari sudut sosiolinguistik
Masyarakat Besut ialah sebuah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting dalam menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini pada umumnya bertujuan untu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67438/1/FBMK%202017%2025%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67438/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Masyarakat Besut ialah sebuah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan
dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan
peranan penting dalam menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat
penutur, maka kajian ini pada umumnya bertujuan untuk mengkaji peranan dialek
dalam pembentukan jati diri anggota masyarakat di daerah Besut. Bagi mencapai
objektif tersebut, Mekanisme Perubahan Jati Diri dan Ciri Jati Diri Abdullah Hassan,
Hipotesis Sapir-Whorf, dan Teori Gelombang telah digunakan dalam kajian ini.
Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data
melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis menurut pendekatan
kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek
adalah tidak muktamad dalam menetapkan jati diri mereka. Hal ini demikian kerana
selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah
masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Akhir sekali, kajian ini
memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek
Kelantan di Besut. |
---|