Hubungan antara tahap efikasi kendiri dengan tahap kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan di kolej vokasional

Kemahiran kebolehkerjaan merupakan elemen penting kepada pelajar untuk menjadikan mereka terampil dan melaksanakan pelbagai pekerjaan. Ini adalah faktor penting yang membolehkan mereka berada dalam pasaran industri. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan tahap Efikasi Kendiri dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bakry, Nurul Shazwani, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67735/1/GREDUC_2018-5.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67735/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemahiran kebolehkerjaan merupakan elemen penting kepada pelajar untuk menjadikan mereka terampil dan melaksanakan pelbagai pekerjaan. Ini adalah faktor penting yang membolehkan mereka berada dalam pasaran industri. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan tahap Efikasi Kendiri dan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Populasi kajian adalah pelajar Kolej Vokasional Setapak. Sampel Kajian telah dipilih di kalangan pelajar diploma kolej vokasional (DVM) tahun 1 dan tahun 2. Sampel kajian adalah seramai 51 orang yang terdiri daripada 44 orang pelajar lelaki, 6 orang pelajar perempuan dan seorang tidak memberi maklum balas. Sampel yang dipilih adalah pensampelan secara rawak. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi kerana ingin melihat hubungan di antara Efikasi Kendiri dengan Kemahiran Kebolehkerjaan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dengan menggunakan instrumen Self-Efficacy skala empat bagi mengukur Efikasi kendiri dan kemahiran kebolehkerjaan skala lima. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk konstruk efikasi kendiri adalah α = 0.816 manakala konstruk bagi kemahiran kebolehkerjaan ialah α = 0.822. Didapati terdapat hubungan yang positif di antara Efikasi Kendiri dengan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan Kolej Vokasional. Semakin tinggi Efikasi Kendiri pelajar semakin meningkat Kemahiran Kebolehkerjaan pelajar.