Tahap dan hubungan antara stres dan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) (BPSP) di Universiti Putra Malaysia dan menjawab dua persoalan kajian tentang tahap stres dan tahap motivasi pencapaian pelajar BPSP dan perbandingannya berdasarkan jantin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusran, Noor Ashira, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67773/1/GREDUC_2018-26.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67773/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengkaji stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) (BPSP) di Universiti Putra Malaysia dan menjawab dua persoalan kajian tentang tahap stres dan tahap motivasi pencapaian pelajar BPSP dan perbandingannya berdasarkan jantina dan tahun pengajian. (UPM). Seramai 75 orang sampel pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian dianalisis menggunakan IBMSPSS versi 22.0. Tahap Stres pelajar lelaki lebih tinggi daripada tahap stres pelajar perempuan. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres pelajar mengikut tahun pengajian di mana pelajar tahun 3 didapati lebih stres berbanding pelajar tahun 2. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam motivasi pencapaian berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan tahun pengajian. Analisis kajian mendapati pelajar tahun 2 mempunyai motivasi pencapaian paling rendah kerana kebanyakan mereka menyambung pelajaran disebabkan desakan oleh kedua ibu bapa mereka dan bukan kerana minat mereka dalam bidang pendidikan. Hasil perbincangan juga menjelaskan implikasi kajian kepada teori dan cadangan kajian kepada penyelidik yang berminat mengkaji domain-domain kajian ini.