Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/1/FEM%202018%204%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan
sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur
seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang
bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk
memahami dan menjelaskan perkaitan pemboleh ubah bebas dengan sikap terhadap
tingkah laku seksual. Teori kognitif sosial (Bandura, 1977) telah digunakan sebagai
panduan dalam membina kerangka teoritikal kajian. Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian korelasi. Responden kajian terdiri
daripada 204 orang remaja hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun yang
dipilih dengan menggunakan persampelan kluster pelbagai peringkat (muti-stage
cluster sampling). Kajian ini melibatkan remaja hamil luar nikah di Semenanjung
Malaysia yang berada di institusi perlindungan dan pemulihan di Taman Seri Puteri
di Cheras Selangor, Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak,Raudhatus Sakinah Johor,
Raudhatus Sakinah Pulau Pinang, Raudatus Sakinah Melaka, Raudatus Sakinah
Kelantan dan Raudatus Sakinah Selangor.
Lima instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaituInventory Parent and Peer
Attachment oleh Gay Armsden dan Mark Greenberg (1987), Brief Sexual Attitudes
Scale oleh Hendrick, Hendrick, dan Reich, (2006), Rosenberg Self-Esteem Scale
oleh Rosenberg (1965), Peer Pressure, Porpularity and Conformity Inventory oleh
Santor, Messervey dan Kusumakar (2000), dan Rotter I-E Scale oleh Rotter (1966).
Analisis statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson, analisis regresi berganda,
pengujian pengantara (mediator) dan penyerdehana (moderator)
denganmenggunakan analisis bootstraping (perisian PROCESS Macro) diaplikasi
dalam kajian ini.
Dapatan analisis korelasi Pearson menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara
umur dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual.Dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara tahun pendidikan
responden, tahap pendidikan bapa dan tahap pendidikan ibudengan sikap terhadap
tingkah laku seksual. Seterusnya, wujud perkaitan yang signifikan antara perapatan
ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan)dengan sikap
liberalterhadap tingkah laku seksual.Selain itu wujud perkaitan yang signifikan
antara pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebayadan populariti rakan
sebaya)dengan sikapliberal terhadap tingkah laku seksual. Dapatan kajian juga
membuktikan estim dirirendah dan lokus kawalan luaran mempunyai perkaitan yang
signifikan dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan
remaja hamil luar nikah.
Analisis regresi berganda menunjukkansikap liberal terhadap tingkah laku seksual
dapat diramalkan oleh pemboleh ubah bebas (tekanan rakan sebaya, estim diri, lokus
kawalan, populariti rakan sebaya, kepercayaan dan komunikasi dengan ibu
bapa).Dapatan kajian membuktikan prediktor unik yang paling tinggi menyumbang
kepada sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah tekanan rakan sebaya.
Analisis pengantara menggunakan bootstrapmendapati pengaruh tidak langsung
perapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan) atas sikap
terhadap tingkah laku seksual melalui pengantara (estim diri) adalah tidak signifikan.
Manakala pengaruh tidak langsung pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya
dan populariti rakan sebaya) atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui
pengantara (estim diri) adalah signifikan.Analisis bootstrapperapatan ibu bapa-anak
(komunikasi, kepercayaandan pengasinganan)ke atas sikap terhadap tingkah laku
seksual melalui penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan
interaksi adalah tidak signifikan. Pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya dan
populariti rakan sebaya) ke atas sikap liberal terhadap tingkah laku seksual melalui
penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan interaksi adalah
signifikan.
Dapatan kajian membuktikan gaya masa kini membuktikan remaja terlalu mudah
dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya melalui aspek populariti serta tekanan
daripada rakan sebaya. Hal ini menunjukkan faktor status sosial seharusnya diberi
perhatian serius dan diambil kira dalam membangunkan program intervensi bagi
menghalang serta mencegah fenomena hamil luar nikah daripada terus berleluasa.
Selain itu terapi keluarga juga dilihat mampu dijadikan sebagai salah satu intervensi
krisis serta pendekatan kemahiran penyelesaian masalah antara remaja dengan ibu
bapa. Kajian ini mengesyorkan program kesihatan seksual dan reproduktif serta
program intervensi yang bersifat pencegahan, perlindungan, pemulihan dan integrasi
yang mensasarkan kepada faktor pembentukan sikap konservatif terhadap tingkah
laku seksual yang selamat dipertingkatkan bagi remaja di Malaysia. Justeru, kajian
ini memberi input langsung kepada dasar negara seterusnya menyumbang terhadap
korpus ilmu serta advokasi sosial bagi penggubalan dasar negara demi kesejahteraan
masyarakat khasnya kelompok remaja. |
---|