Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan supaya lebih efisyen dan memudahkan. Antara usaha tersebut ialah dengan pelaksanaan kerajaan elektronik (e-kerajaan). E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Syafila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/1/FBMK%202016%2015%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.68813
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan supaya lebih efisyen dan memudahkan. Antara usaha tersebut ialah dengan pelaksanaan kerajaan elektronik (e-kerajaan). E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada salah satu perkhidmatan e-kerajaan iaitu aplikasi MyEG. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor persekitaran yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan MyEG secara dalam talian. Satu rangka kerja konsep telah dibangunkan untuk menentukan faktor persekitaran yang menyumbang kepada penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada empat konstruk utama iaitu pengaruh sosial, jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan keadaan kemudahan. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar kajian ini ialah penerimaan aplikasi MyEG. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah digunakan. Seramai 396 pengguna aplikasi MyEG di sekitar kawasan Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian. Kesemua data dianalisis menerusi statistik dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Teknik persampelan kajian ini ialah persampelan rawak mudah dan bertujuan. Persampelan rawak mudah adalah untuk menentukan populasi kajian manakala persampelan bertujuan untuk mencari subjek kajian. Dua prosedur statistik telah digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti nilai min, peratusan dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi berupaya menerangkan hubungan, perkaitan dan peramal yang menyumbang antara pemboleh ubah yang dikaji. Antara ujian yang digunakan dalam statistik inferensi ialah ujian korelasi dengan pekali Pearson Product-Moment dan ujian Multi Regresi. Kajian ini menggunakan aras signifikan 0.05.Hasil keputusan menunjukkan bahawa tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG berada pada tahap sederhana. Dalam pada itu, ujian korelasi Pearson membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara jangkaan prestasi, jangkaan usaha, keadaan kemudahan dan pengaruh sosial terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Disamping itu, wujud perkaitan positif yang kuat antara jangkaan prestasi dengan penerimaan. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan aplikasi MyEG diterima oleh pengguna kerana aplikasi ini mementingkan faktor persekitaran dalam penggunaannya. Manakala ujian multi regresi mendapati jangkaan prestasi, keadaan kemudahan, pengaruh sosial dan jangkaan usaha merupakan pemboleh ubah peramal kepada penerimaan aplikasi MyEG. Namun begitu, jangkaan prestasi adalah faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan aplikasi MyEG oleh pengguna. Hasil penyelidikan ini mencadangkan dua aspek utama iaitu dari sudut praktikal dan teoritikal. Dari sudut praktikal, kajian ini mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan penggunaan aplikasi MyEG secara dalam talian. Begitu juga dengan syarikat pembekal perkhidmatan supaya membuat promosi lebih besar-besaran mengenai aplikasi MyEG supaya semua masyarakat dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Manakala dari sudut teoritikal pula, penyelidik mencadangkan agar penyelidikan lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan teori UTAUT dan juga teori-teori teknologi komunikasi yang lain agar kajian mengenai penerimaan aplikasi MyEG dapat diperluaskan lagi skop dan pemahamannya. Untuk cadangan kajian akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif.
format Thesis
author Kamarudin, Syafila
spellingShingle Kamarudin, Syafila
Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
author_facet Kamarudin, Syafila
author_sort Kamarudin, Syafila
title Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
title_short Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
title_full Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
title_fullStr Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
title_full_unstemmed Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG
title_sort hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi myeg
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/1/FBMK%202016%2015%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/
_version_ 1643839313988812800
spelling my.upm.eprints.688132019-06-18T03:02:10Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/ Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG Kamarudin, Syafila Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan supaya lebih efisyen dan memudahkan. Antara usaha tersebut ialah dengan pelaksanaan kerajaan elektronik (e-kerajaan). E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada salah satu perkhidmatan e-kerajaan iaitu aplikasi MyEG. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor persekitaran yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan MyEG secara dalam talian. Satu rangka kerja konsep telah dibangunkan untuk menentukan faktor persekitaran yang menyumbang kepada penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada empat konstruk utama iaitu pengaruh sosial, jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan keadaan kemudahan. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar kajian ini ialah penerimaan aplikasi MyEG. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah digunakan. Seramai 396 pengguna aplikasi MyEG di sekitar kawasan Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian. Kesemua data dianalisis menerusi statistik dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Teknik persampelan kajian ini ialah persampelan rawak mudah dan bertujuan. Persampelan rawak mudah adalah untuk menentukan populasi kajian manakala persampelan bertujuan untuk mencari subjek kajian. Dua prosedur statistik telah digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti nilai min, peratusan dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi berupaya menerangkan hubungan, perkaitan dan peramal yang menyumbang antara pemboleh ubah yang dikaji. Antara ujian yang digunakan dalam statistik inferensi ialah ujian korelasi dengan pekali Pearson Product-Moment dan ujian Multi Regresi. Kajian ini menggunakan aras signifikan 0.05.Hasil keputusan menunjukkan bahawa tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG berada pada tahap sederhana. Dalam pada itu, ujian korelasi Pearson membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara jangkaan prestasi, jangkaan usaha, keadaan kemudahan dan pengaruh sosial terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Disamping itu, wujud perkaitan positif yang kuat antara jangkaan prestasi dengan penerimaan. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan aplikasi MyEG diterima oleh pengguna kerana aplikasi ini mementingkan faktor persekitaran dalam penggunaannya. Manakala ujian multi regresi mendapati jangkaan prestasi, keadaan kemudahan, pengaruh sosial dan jangkaan usaha merupakan pemboleh ubah peramal kepada penerimaan aplikasi MyEG. Namun begitu, jangkaan prestasi adalah faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan aplikasi MyEG oleh pengguna. Hasil penyelidikan ini mencadangkan dua aspek utama iaitu dari sudut praktikal dan teoritikal. Dari sudut praktikal, kajian ini mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan penggunaan aplikasi MyEG secara dalam talian. Begitu juga dengan syarikat pembekal perkhidmatan supaya membuat promosi lebih besar-besaran mengenai aplikasi MyEG supaya semua masyarakat dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Manakala dari sudut teoritikal pula, penyelidik mencadangkan agar penyelidikan lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan teori UTAUT dan juga teori-teori teknologi komunikasi yang lain agar kajian mengenai penerimaan aplikasi MyEG dapat diperluaskan lagi skop dan pemahamannya. Untuk cadangan kajian akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. 2016-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68813/1/FBMK%202016%2015%20-%20IR.pdf Kamarudin, Syafila (2016) Hubungan faktor persekitaran dengan penerimaan perkhidmatan e-kerajaan bagi aplikasi MyEG. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.