Penggunaan peta minda dalam pembelajaran Balaghah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak, Melaka, Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan peta minda berdasarkan prinsip Tony Buzan dalam pembelajaran Balaghah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penulisan nota Balaghah dalam bentuk peta minda. Selain...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70033/1/FBMK%202014%2046%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70033/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar Tingkatan Empat
terhadap penggunaan peta minda berdasarkan prinsip Tony Buzan dalam
pembelajaran Balaghah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti
penerimaan pelajar terhadap penulisan nota Balaghah dalam bentuk peta
minda. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisi sejauh manakah
pelajar mampu mengingat istilah-istilah Balaghah melalui penulisan nota
peta minda mengikut prinsip Tony Buzan. Kajian kualitatif ini menggunakan
teknik pengumpulan data melalui temu bual kumpulan berfokus yang terdiri
daripada tiga kumpulan pelajar Tingkatan Empat dan dua temu bual
individu. Dapatan kajian juga diperolehi melalui analisis nota peta minda
Balaghah pelajar. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan prinsip peta
minda Tony Buzan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta
minda dalam pengajaran dan pembelajaran Balaghah sesuai digunakan
bagi membantu meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam
pembelajaran. Pelajar lebih memahami apa yang diajar oleh guru dan
berjaya mengubah persepsi bahawa Balaghah mudah dikuasai. Kajian juga
dapat mengenal pasti bahawa nota peta minda mampu membantu pelajar
semasa mengulangkaji pelajaran dan semasa menjawab peperiksaan.
Analisis terhadap nota Balaghah pelajar menunjukkan bahawa pelajar
mampu mengingat dan menulis semula istilah-istilah Balaghah dalam bentuk
peta minda. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Balaghah ini. Justeru, saranan dan
cadangan juga dikemukakan pada bahagian perbincangan bagi menambah
baik proses pembelajaran Balaghah menggunakan peta minda ini. |
---|