Forum televisyen dari sudut etnografi komunikasi
Forum televisyen merupakan suatu peristiwa bahasa. Ini kerana adanya kegiatan bahasa yang menonjolkan penggunaan bahasa. Ujaran daripada setiap pemeran menzahirkan tautan dan jalinan yang wujud antara setiap komponen peristiwa bahasa. Pola komunikasi dalam forum televisyen yang merupakan suatu p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70083/1/FBMK%202014%2062%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70083/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Forum televisyen merupakan suatu peristiwa bahasa. Ini kerana adanya kegiatan
bahasa yang menonjolkan penggunaan bahasa. Ujaran daripada setiap pemeran
menzahirkan tautan dan jalinan yang wujud antara setiap komponen peristiwa
bahasa. Pola komunikasi dalam forum televisyen yang merupakan suatu
perbincangan yang interaktif amat menarik untuk diteliti sebagai keteraturan
dalam hubungan dua hala. Malah pola komunikasi melalui ujaran yang berterusan
dapat melihat keupayaan pemeran dalam peristiwa bahasa ini menghasilkan
ungkapan yang tepat dalam perbincangan tersebut.
Kajian ini memberi penelitian terhadap peristiwa bahasa forum televisyen
berdasarkan Teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1986). Melalui teori ini,
data daripada 14 teks forum televisyen di analisis secara deskriptif sebagai
memastikan objektif kajian dapat dicapai iaitu untuk mengenal pasti komponen
etnografi komunikasi dalam forum televisyen, untuk menganalisis komponen
SPEAKING dalam forum televisyen berdasarkan teori Hymes (1986), untuk
menghuraikan grid pertuturan dalam forum televisyen dan untuk
menginterpretasikan pola komunikasi mengikut konteks latar budaya komuniti
bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini menjelaskan Teori Etnografi Komunikasi mampu menunjukkan
bahawa pola komunikasi yang berlaku dalam peristiwa bahasa forum televisyen
ini mempunyai hubung kait dengan perilaku dan budaya penutur dalam membuat
interpretasi setiap ujaran. Malah berdasarkan interpretasi ujaran setiap pemeran,
turut mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam peristiwa bahasa ini
menitikberatkan aspek makna dan fungsi bahasa yang dilihat dalam
penggunaannya menurut situasi dan konteks. Keberkesanan interpretasi makna
ujaran dalam komunikasi antara pemeran amat bergantung pada konteks. Namun,
penekanan konteks sahaja tanpa mempertimbangkan budaya komuniti tersebut
hanya akan menimbulkan ketaksaan dalam penyampaian mesej. Oleh yang
sedemikian, bidang ini dapat menghuraikan keunikan pola komunikasi yang
terpapar dalam forum televisyen iaitu melalui ujaran pemeran dengan memberi
tumpuan kepada interpretasi ujaran berdasarkan latar budaya komuniti ini. |
---|