Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah
Strategi peningkatan pemahaman bacaan haruslah menggabungkan aspek kognitif, metakognitif dan afektif agar proses pemahaman berorientasi pemikiran dan memperoleh kesan optimum. Kepentingan elemen afektif yang diwakili oleh konstruk nilai, sikap, motivasi dan emosi dalam mempengaruhi kecekapan pr...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/1/FPP%202014%2079%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
id |
my.upm.eprints.70443 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
description |
Strategi peningkatan pemahaman bacaan haruslah menggabungkan aspek
kognitif, metakognitif dan afektif agar proses pemahaman berorientasi
pemikiran dan memperoleh kesan optimum. Kepentingan elemen afektif yang
diwakili oleh konstruk nilai, sikap, motivasi dan emosi dalam mempengaruhi
kecekapan proses pemahaman sememangnya tidak dapat disangkal. Namun
demikian, kebanyakan strategi peningkatan pemahaman bacaan yang ada
hanya menumpu kepada aspek kognitif dan metakognitif sahaja. Hal ini
menunjukkan terdapatnya jurang kajian dari segi sumbangan strategi afektif
terhadap penguasaan pemahaman bacaan. Justeru, pengkaji mencadangkan
satu strategi pemahaman bacaan yang menggabungkan input kognitif dan
afektif (tumpuan kepada konstruk emosi sahaja) dalam membantu murid
memahami teks dengan lebih berkesan. Strategi yang dikenali sebagai
Strategi Pemahaman Bacaan Berasaskan Biblioterapi (SP3B) ini diadapatasi
daripada kaedah Biblioterapi dalam bidang pendidikan.
Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan
SP3B yang diberi sebagai intervensi untuk meningkatkan penguasaan
Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi murid tingkatan dua. Kajian
menggunakan reka bentuk eksperimental-kuasi dengan reka bentuk ujian prapasca
kumpulan tidak seimbang ini melibatkan 90 orang murid, iaitu (n=45,
Kumpulan Eksperimen) dan (n=45 Kumpulan Kawalan). Kajian yang
menggabungkan aspek kuantitatif dan kualitatif ini menonjolkan cara
pengutipan data utama melalui instrumen Ujian Pemahaman Bacaan (UPB)
untuk mengukur pencapaian pemahaman bacaan dan penggunaan Ujian
Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bertujuan menilai penguasaan Literasi
Emosi. Pengutipan data kualtitatif melalui Lembaran Grafik iaitu Pemetaan
Cerita (PC), Jurnal Refleksi Emosi Kendiri (JREK) dan Sesawang Emosi (SE)
sebagai pelengkap atau sokongan kepada dapatan kuantitatif.
Dapatan Analisis Manova Sehala bagi data Ujian Pra mendapati tiada
perbezaan signifikan bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi
gabungan linear pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pra.
Dengan nilai F=(0.5,87)=2.000, nilai sig (p=0.608), Wilk Lambda=0.989, nilai
eta=0.011. Analisis keputusan Antara Subjek pula mendapati bahawa
gabungan linear kedua-dua pembolehubah adalah melebihi aras signifikan (UPB, α=0.579 dan UPLE, α=0.401). Hal ini bermaksud tiada perbezaan bagi
kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan linear
pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) semasa Ujian Pra. Seterusnya
Analisis MANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan eksperimen dari
segi gabungan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan linear
pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pasca,
F=(6,87)=6.476, nilai sig (p=0.002), Wilk Lambda=0.87, nilai eta=0.130.
Keputusan analisis Antara Subjek menunjukkan bahawa kedua-dua
pembolehubah mencapai aras signifikan (UPB, α=0.027 dan UPLE, α=0.003).
Hal ini jelas menunjukkan kesan intervensi terhadap skor UPB dan UPLE
ketika Ujian Pasca.
Secara khususnya keberkesanan intervensi dapat ditunjukkan melalui analisis
Anova (Mixed Design) yang ditadbirkan terhadap skor UPB dan UPLE.
Interaksi ujian/masa dengan kumpulan terhadap UPB, menunjukkan nilai Wilk
Lambda=0.525, nilai signifikan (p)=0.000, F=(1,88)=79.7 dengan kumpulan
eksperimen (M=59.63) lebih tinggi berbanding kawalan (M=55.34). Skor UPLE
pula memperoleh nilai tidak signifikan, dengan nilai Wilk Lambda=0.977, nilai
signifikan (p)=0.154, F=(1,88)=2.067. Walau bagaimanapun, bagi keputusan
UPLE, analisis Ujian Antara Kumpulan telah memperoleh nilai signifikan
0.005, dengan skor Min lebih tinggi dikesan bagi kumpulan eksperimen
(M=95.20) berbanding kawalan (M=88.20). Data analisis ANOVA Reka
bentuk Campuran memperlihatkan bahawa SP3B memberi manfaat kepada
kumpulan Eksperimen dari segi mempertingkatkan skor UPB dan UPLE.
Analisis MANOVA bagi gabungan konstruk UPB dan UPLE Ujian Pra
mendapati keputusan signifikan, nilai F=3,82=4.73, p=0.002, Wilk
Lambda=0.762, dan nilai eta=0.238. Manakala perincian dapatan analisis
konstruk berdasarkan Ujian Kesan Antara Konstruk mendapati hanya dua
konstruk UPB yang signifikan semasa Ujian Pra iaitu, konstruk Penilaian,
UPB=(p=0.023) dan Penghargaan, UPB=(p=0.012). Manakala Analisis
MANOVA Sehala bagi keputusan Ujian Pasca menunjukkan perbezaan yang
signifikan bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan
konstruk tersebut (F=3,82)=3.194, p=0.005, Wilk Lambda=0.786, nilai
eta=0.214 mencapai nilai signifikan. Analisis Kesan Antara Subjek (Konstruk)
mendapati tiga konstruk yang mencapai aras signifikan ialah Literal, UPB
(p=0.011), Kesedaran Emosi, UPLE (p=0.008) dan Kesedaran Emosi Individu
Lain, UPLE (0.002). Ini bermaksud perbezaan yang signifikan antara dua
kumpulan ini semasa Ujian Pasca hanyalah bagi konstruk Literal, UPB dan
Kesedaran Emosi serta Kesedaran Emosi Individu Lain bagi konstruk UPLE.
Ini juga disokong oleh data kualitatif yang menunjukkan SP3B dapat
meningkatkan aspek pemahaman bacaan terutamanya bagi aras kognitif
rendah (literal) dan aras kognitif tinggi (inferensi) serta aras afektif. Di samping
dapat menerapkan kebolehan memahami emosi sendiri, mengekspresi emosi
sendiri serta membantu memahami emosi individu lain yang kesemuanya
merupakan konstruk atau subkomponen UPLE. Rumusannya, kajian ini
membuktikan intervensi strategi kognitif-afektif dalam Pemahaman Bacaan
dapat meningkatkan aspek kognitif (penguasaan Pemahaman Bacaan) dan
aspek afektif iaitu Literasi Emosi murid. |
format |
Thesis |
author |
Mohd Yussof, Yusfarina |
spellingShingle |
Mohd Yussof, Yusfarina Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
author_facet |
Mohd Yussof, Yusfarina |
author_sort |
Mohd Yussof, Yusfarina |
title |
Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
title_short |
Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
title_full |
Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
title_fullStr |
Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
title_full_unstemmed |
Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
title_sort |
strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah |
publishDate |
2014 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/1/FPP%202014%2079%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/ |
_version_ |
1651869131369086976 |
spelling |
my.upm.eprints.704432019-10-30T06:53:50Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/ Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah Mohd Yussof, Yusfarina Strategi peningkatan pemahaman bacaan haruslah menggabungkan aspek kognitif, metakognitif dan afektif agar proses pemahaman berorientasi pemikiran dan memperoleh kesan optimum. Kepentingan elemen afektif yang diwakili oleh konstruk nilai, sikap, motivasi dan emosi dalam mempengaruhi kecekapan proses pemahaman sememangnya tidak dapat disangkal. Namun demikian, kebanyakan strategi peningkatan pemahaman bacaan yang ada hanya menumpu kepada aspek kognitif dan metakognitif sahaja. Hal ini menunjukkan terdapatnya jurang kajian dari segi sumbangan strategi afektif terhadap penguasaan pemahaman bacaan. Justeru, pengkaji mencadangkan satu strategi pemahaman bacaan yang menggabungkan input kognitif dan afektif (tumpuan kepada konstruk emosi sahaja) dalam membantu murid memahami teks dengan lebih berkesan. Strategi yang dikenali sebagai Strategi Pemahaman Bacaan Berasaskan Biblioterapi (SP3B) ini diadapatasi daripada kaedah Biblioterapi dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan SP3B yang diberi sebagai intervensi untuk meningkatkan penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi murid tingkatan dua. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimental-kuasi dengan reka bentuk ujian prapasca kumpulan tidak seimbang ini melibatkan 90 orang murid, iaitu (n=45, Kumpulan Eksperimen) dan (n=45 Kumpulan Kawalan). Kajian yang menggabungkan aspek kuantitatif dan kualitatif ini menonjolkan cara pengutipan data utama melalui instrumen Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) untuk mengukur pencapaian pemahaman bacaan dan penggunaan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bertujuan menilai penguasaan Literasi Emosi. Pengutipan data kualtitatif melalui Lembaran Grafik iaitu Pemetaan Cerita (PC), Jurnal Refleksi Emosi Kendiri (JREK) dan Sesawang Emosi (SE) sebagai pelengkap atau sokongan kepada dapatan kuantitatif. Dapatan Analisis Manova Sehala bagi data Ujian Pra mendapati tiada perbezaan signifikan bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan linear pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pra. Dengan nilai F=(0.5,87)=2.000, nilai sig (p=0.608), Wilk Lambda=0.989, nilai eta=0.011. Analisis keputusan Antara Subjek pula mendapati bahawa gabungan linear kedua-dua pembolehubah adalah melebihi aras signifikan (UPB, α=0.579 dan UPLE, α=0.401). Hal ini bermaksud tiada perbezaan bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan linear pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) semasa Ujian Pra. Seterusnya Analisis MANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan eksperimen dari segi gabungan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan linear pembolehubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pasca, F=(6,87)=6.476, nilai sig (p=0.002), Wilk Lambda=0.87, nilai eta=0.130. Keputusan analisis Antara Subjek menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah mencapai aras signifikan (UPB, α=0.027 dan UPLE, α=0.003). Hal ini jelas menunjukkan kesan intervensi terhadap skor UPB dan UPLE ketika Ujian Pasca. Secara khususnya keberkesanan intervensi dapat ditunjukkan melalui analisis Anova (Mixed Design) yang ditadbirkan terhadap skor UPB dan UPLE. Interaksi ujian/masa dengan kumpulan terhadap UPB, menunjukkan nilai Wilk Lambda=0.525, nilai signifikan (p)=0.000, F=(1,88)=79.7 dengan kumpulan eksperimen (M=59.63) lebih tinggi berbanding kawalan (M=55.34). Skor UPLE pula memperoleh nilai tidak signifikan, dengan nilai Wilk Lambda=0.977, nilai signifikan (p)=0.154, F=(1,88)=2.067. Walau bagaimanapun, bagi keputusan UPLE, analisis Ujian Antara Kumpulan telah memperoleh nilai signifikan 0.005, dengan skor Min lebih tinggi dikesan bagi kumpulan eksperimen (M=95.20) berbanding kawalan (M=88.20). Data analisis ANOVA Reka bentuk Campuran memperlihatkan bahawa SP3B memberi manfaat kepada kumpulan Eksperimen dari segi mempertingkatkan skor UPB dan UPLE. Analisis MANOVA bagi gabungan konstruk UPB dan UPLE Ujian Pra mendapati keputusan signifikan, nilai F=3,82=4.73, p=0.002, Wilk Lambda=0.762, dan nilai eta=0.238. Manakala perincian dapatan analisis konstruk berdasarkan Ujian Kesan Antara Konstruk mendapati hanya dua konstruk UPB yang signifikan semasa Ujian Pra iaitu, konstruk Penilaian, UPB=(p=0.023) dan Penghargaan, UPB=(p=0.012). Manakala Analisis MANOVA Sehala bagi keputusan Ujian Pasca menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan konstruk tersebut (F=3,82)=3.194, p=0.005, Wilk Lambda=0.786, nilai eta=0.214 mencapai nilai signifikan. Analisis Kesan Antara Subjek (Konstruk) mendapati tiga konstruk yang mencapai aras signifikan ialah Literal, UPB (p=0.011), Kesedaran Emosi, UPLE (p=0.008) dan Kesedaran Emosi Individu Lain, UPLE (0.002). Ini bermaksud perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan ini semasa Ujian Pasca hanyalah bagi konstruk Literal, UPB dan Kesedaran Emosi serta Kesedaran Emosi Individu Lain bagi konstruk UPLE. Ini juga disokong oleh data kualitatif yang menunjukkan SP3B dapat meningkatkan aspek pemahaman bacaan terutamanya bagi aras kognitif rendah (literal) dan aras kognitif tinggi (inferensi) serta aras afektif. Di samping dapat menerapkan kebolehan memahami emosi sendiri, mengekspresi emosi sendiri serta membantu memahami emosi individu lain yang kesemuanya merupakan konstruk atau subkomponen UPLE. Rumusannya, kajian ini membuktikan intervensi strategi kognitif-afektif dalam Pemahaman Bacaan dapat meningkatkan aspek kognitif (penguasaan Pemahaman Bacaan) dan aspek afektif iaitu Literasi Emosi murid. 2014-09 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70443/1/FPP%202014%2079%20IR.pdf Mohd Yussof, Yusfarina (2014) Strategi pemahaman bacaan berasaskan biblioterapi dalam meningkat penguasaan pemahaman bacaan murid sekolah menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. |