Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia
Kepelbagaian makanan merupakan satu pengiraan bagi bilangan setiap jenis makanan yang diambil oleh individu dalam satu tempoh masa. Mempelbagaikan pengambilan makanan telah menjadi saranan dalam pelbagai garis panduan pemakanan di serata dunia termasuklah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/1/FEM%202017%2029%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | Malay |
id |
my.upm.eprints.70664 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.706642019-08-29T02:25:58Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/ Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia Suhaimi, Tatiana Kepelbagaian makanan merupakan satu pengiraan bagi bilangan setiap jenis makanan yang diambil oleh individu dalam satu tempoh masa. Mempelbagaikan pengambilan makanan telah menjadi saranan dalam pelbagai garis panduan pemakanan di serata dunia termasuklah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pemilihan makanan sebagai faktor peramal kepada kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Lembah Klang. Sejumlah 400 orang pelajar berusia 18 – 24 tahun daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara dipilih melalui persampelan rawak berperingkat. Borang soal selidik digunakan untuk memperoleh maklumat latar belakang demografik, sumber kewangan, jumlah perbelanjaan, faktor-faktor pemilihan makanan serta kekerapan pengambilan makanan. Skor Kepelbagaian Makanan dikira berdasarkan maklumat kekerapan pengambilan makanan. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk analisis diskriptif, korelasi Pearson dan Regresi Logistik. Hasil kajian mendapati majoriti responden (95%) mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah bagi keseluruhan kumpulan makanan. Manakala lebih 75% responden mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah bagi setiap jenis kumpulan makanan. Bagi analisis Korelasi Pearson, terdapat perkaitan yang signifikan ditemui antara motif kebiasaan (p<0.05), neofobia makanan (p<0.01), emosi (p<0.05) dan pengetahuan pemakanan (p<0.01) dengan kepelbagaian makanan. Hasil analisis Regressi Logistik menunjukkan tiga faktor pemilihan makanan yang signifikan dalam meramal kepelbagaian makanan responden. Responden yang mementingkan motif sensori dan neophobic adalah 1.54 dan 5.55 kali ganda untuk mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah. Namun, responden yang tinggi tahap pengetahuan pemakanan adalah 5.40 kali ganda cenderung untuk mempunyai masalah yang sama. Ini berkemungkinan kerana responden lebih memilih sifat sensori dan kepuasan berbanding kandungan khasiat dalam makanan tersebut. Oleh itu, pihak berkenaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi pendidikan kewangan dan universiti disarankan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini. Program kesihatan dan peruntukan bajet untuk kupon makanan dapat membantu menyediakan peluang dan menggalakkan pelajar untuk mencuba makanan yang pelbagai dan lengkap setiap hari. Sekaligus ini dapat membantu pelajar untuk membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan berkualiti dalam jangka masa panjang. 2016-10 Thesis NonPeerReviewed text ms http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/1/FEM%202017%2029%20-%20IR.pdf Suhaimi, Tatiana (2016) Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
Malay |
description |
Kepelbagaian makanan merupakan satu pengiraan bagi bilangan setiap jenis makanan
yang diambil oleh individu dalam satu tempoh masa. Mempelbagaikan pengambilan
makanan telah menjadi saranan dalam pelbagai garis panduan pemakanan di serata
dunia termasuklah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor
pemilihan makanan sebagai faktor peramal kepada kepelbagaian makanan dalam
kalangan pelajar Universiti Awam di Lembah Klang. Sejumlah 400 orang pelajar
berusia 18 – 24 tahun daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi
Mara dipilih melalui persampelan rawak berperingkat. Borang soal selidik digunakan
untuk memperoleh maklumat latar belakang demografik, sumber kewangan, jumlah
perbelanjaan, faktor-faktor pemilihan makanan serta kekerapan pengambilan
makanan. Skor Kepelbagaian Makanan dikira berdasarkan maklumat kekerapan
pengambilan makanan. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) untuk analisis diskriptif, korelasi Pearson dan Regresi
Logistik.
Hasil kajian mendapati majoriti responden (95%) mempunyai tahap kepelbagaian
makanan yang rendah bagi keseluruhan kumpulan makanan. Manakala lebih 75%
responden mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah bagi setiap jenis
kumpulan makanan. Bagi analisis Korelasi Pearson, terdapat perkaitan yang
signifikan ditemui antara motif kebiasaan (p<0.05), neofobia makanan (p<0.01),
emosi (p<0.05) dan pengetahuan pemakanan (p<0.01) dengan kepelbagaian makanan.
Hasil analisis Regressi Logistik menunjukkan tiga faktor pemilihan makanan yang
signifikan dalam meramal kepelbagaian makanan responden. Responden yang
mementingkan motif sensori dan neophobic adalah 1.54 dan 5.55 kali ganda untuk
mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah. Namun, responden yang tinggi
tahap pengetahuan pemakanan adalah 5.40 kali ganda cenderung untuk mempunyai masalah yang sama. Ini berkemungkinan kerana responden lebih memilih sifat sensori
dan kepuasan berbanding kandungan khasiat dalam makanan tersebut.
Oleh itu, pihak berkenaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi pendidikan
kewangan dan universiti disarankan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini.
Program kesihatan dan peruntukan bajet untuk kupon makanan dapat membantu
menyediakan peluang dan menggalakkan pelajar untuk mencuba makanan yang
pelbagai dan lengkap setiap hari. Sekaligus ini dapat membantu pelajar untuk
membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan berkualiti dalam jangka masa
panjang. |
format |
Thesis |
author |
Suhaimi, Tatiana |
spellingShingle |
Suhaimi, Tatiana Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
author_facet |
Suhaimi, Tatiana |
author_sort |
Suhaimi, Tatiana |
title |
Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
title_short |
Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
title_full |
Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
title_fullStr |
Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
title_full_unstemmed |
Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia |
title_sort |
faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di lembah klang, malaysia |
publishDate |
2016 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/1/FEM%202017%2029%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664/ |
_version_ |
1643839750938820608 |