Nilai Dan Penerima Gunaan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Terpilih Dalam Kalangan Belia Orang Asli Di Bukit Lanjan Dan Pulau Carey Selangor

Belia Orang Asli senng dikaitkan sebagai golongan yang menentang dan sukar menerima pembangunan. Dalam masa yang sama, penerimaan atau penolakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dihubungkaitkan dengan nilai yang dipegang oleh mereka. Namun, persoalannya, adakah belia Orang Asli menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Ismail, Wan Ahmad Amir Zal
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7081/1/IPSS_2009_1a.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7081/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Belia Orang Asli senng dikaitkan sebagai golongan yang menentang dan sukar menerima pembangunan. Dalam masa yang sama, penerimaan atau penolakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dihubungkaitkan dengan nilai yang dipegang oleh mereka. Namun, persoalannya, adakah belia Orang Asli menggunakan ICT? Apakah yang mendorong belia Orang Asli menggunakan ICT dalam kehidupan harian mereka? Apakah nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli? Sejauh manakah nilai mempengaruhi belia Orang Asli untuk menerima ICT? Oleh demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan dan dorongan menggunakan ICT terpilih dalam kalangan belia Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey Selangor. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti nilai belia Orang Asli terhadap ICT terpilih dan seterusnya menghuraikan nilai belia Orang Asli terhadap ICT dalam mempengaruhi penerima gunaan ICT. Kajian ini menggunakan kaedah deduktif dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi mencapai objektif ketiga serta menggunakan reka bentuk survei. Seterusnya data kualitatif digunakan untuk menghuraikan data kuantitatif bagi mencapai objektif kajian keempat. Seramai 200 orang responden, iaitu belia Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Manakala 24 orang dari jumlah tersebut dipilih sebagai informan bagi menjalankan penyelidikan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan borang selidik yang mengikut format skala Likert, manakala kaedah kualitatif menggunakan pendekatan triangulasi data yang diperoleh melalui temu bual mendalam, temu bual kumpulan berfokus dan pemerhatian tanpa turut serta. Hasil kajian menunjukkan belia Orang Asli menggunakan ICT dalam hidup mereka, namun penggunaan tersebut bergantung pada jenis ICT. ICT yang mudah seperti televisyen dan telefon bimbit kebanyakannya digunakan oleh belia Orang Asli. Manakala bagi ICT yang kompleks dan memerlukan pengetahuan serta kemahiran yang khusus kurang digunakan oleh belia Orang Asli. Bagi dorongan menggunakan ICT, terdapat empat dorongan utama yang mendorong belia Orang Asli menggunakan ICT, iaitu keperluan dalam hidup, ingin membangun, ingin mendapatkan maklumat baru dan kewangan keluarga. Belia Orang Asli dari kedua-dua lokasi berbeza tersebut juga mempunyai nilai yang sarna terhadap ICT, iaitu nilai rangsangan, nilai keselamatan, nilai keakuran, nilai universalisme dan nilai hedonisme. Dari sudut yang lain pula, nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli mempengaruhi mereka untuk menerima ICT. Manifestasi nilai dapat dilihat melalui tingkah laku