Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama

Retorik merupakan seni bahasa estetik yang menarik dan digunakan untuk menekankan aspek kesantunan dan keterampilan dengan mengaplikasikan bahasa yang halus dalam berkomunikasi secara lisan ataupun tulisan. Justeru, peranan penceramah agama bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaakob, Nor Azuwan, Zainon Hamzah, Zaitul Azma, Md Zain, Normaizura, Syed Abdullah, Syed Nurulakla
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70983/1/Penerapan%20retorik%20dalam%20penyampaian%20ceramah%20agama.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70983/
http://jurnal.plm.org.my/?page_id=252
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Retorik merupakan seni bahasa estetik yang menarik dan digunakan untuk menekankan aspek kesantunan dan keterampilan dengan mengaplikasikan bahasa yang halus dalam berkomunikasi secara lisan ataupun tulisan. Justeru, peranan penceramah agama bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam, malahan memberikan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang timbul. Melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan penerapan retorik dalam ceramah agama dapat memotivasikan audiens untuk menerima dan mengamalkan nasihat yang disarankan. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis retorik yang digunakan dalam ceramah agama yang disampaikan oleh tiga orang penceramah popular negara, iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis jenis retorik yang digunakan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut dengan menggunakan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) sebagai landasannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa retorik penceritaan adalah yang paling dominan digunakan, diikuti jenis retorik lain seperti penghujahan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan. Kajian ini juga membuktikan bahawa kesemua penceramah agama tersebut menggunakan unsur retorik yang mencerminkan kemahiran mereka untuk menarik minat orang ramai supaya kekal fokus dan mengikuti ceramah mereka dari mula sehingga akhir.