Jenis dan gaya retorik dalam ceramah agama

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis retorik dan menganalisis gaya retorik dalam ceramah agama dalam YouTube oleh tiga orang penceramah agama popular, iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal. Kajian ini juga dilakukan untuk merumuskan jenis dan gaya retorik dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Zain, Normaizura
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71134/1/FBMK%202018%2022%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71134/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis retorik dan menganalisis gaya retorik dalam ceramah agama dalam YouTube oleh tiga orang penceramah agama popular, iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal. Kajian ini juga dilakukan untuk merumuskan jenis dan gaya retorik dalam ceramah agama berdasarkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan teknik analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan adalah yang paling dominan digunakan, diikuti jenis retorik lain seperti penghujahan, pendedahan, pemujukan, pemerian, dan penerangan. Manakala, analisis dari sudut gaya pula memperlihatkan bahawa retorik pengulangan adalah yang paling banyak digunakan, diikuti aliterasi, soalan retorik, elipsis, asindeton, keseimbangan, hiperbola, anafora, dan tricolon. Dapatan kajian yang ketiga menjelaskan bahawa kesemua prinsip Teori Retorik Moden yang digunakan adalah sangat relevan dengan kajian. Kajian ini juga menunjukkan bahawa semua penceramah agama menggunakan semua unsur retorik yang mencerminkan kemahiran mereka untuk menarik orang ramai supaya mengikuti ceramah-ceramah mereka.