Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu

Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Alam Melayu, proses pendidikan di negeri-negeri Alam Melayu telah didominasi oleh sains Eropah. Proses ini telah memencilkan sama sekali etnosains dan sains yang bersumberkan tamadun Islam yang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu. Terdapat ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal, Baharrudin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/1/IPM_2009_3a.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
English
id my.upm.eprints.7238
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
English
description Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Alam Melayu, proses pendidikan di negeri-negeri Alam Melayu telah didominasi oleh sains Eropah. Proses ini telah memencilkan sama sekali etnosains dan sains yang bersumberkan tamadun Islam yang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu. Terdapat kelompongan dalam kajian sejarah sains Alam Melayu, kerana kesan kedatangan Islam terhadap kemajuan sains dan matematik kurang diambil perhatian. Salah satu aspek sains ini ialah ilmu falak sebagai cabang matematik. Kajian ini telah menghalusi sebahagian naskhah falak Alam Melayu pra modenisasi untuk menunjukkan bidang utama ilmu falak yang dipraktikkan di Alam Melayu. Begitu juga persoalan hubungan ilmu falak dengan matematik zaman tamadun Islam, ciri-ciri etnomatematik dan kemungkinan berlakunya proses sintesis ilmu falak untuk kegunaannya di Alam Melayu. Sesuai dengan penggunaan naskhah falak sebagai data, penyelidikan yang dijalankan ini menggunakan kaedah kajian teks dengan analisis kandungan. Rangka kerja dalam kaedah penyelidikan kualitatif ini lebih terbuka kerana semasa kajian teks konsep-konsep matematik deskriptif yang terdapat dalam sesuatu naskhah telah dijelmakan kepada konsep dan rumus matematik yang lebih difahami. Ini membolehkan perbandingan dibuat dengan sumber matematik tamadun Islam atau rumus semasa. Kajian ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 52 naskhah falak Alam Melayu pra modenisasi sebagai data untuk kajian teks. Bidang utama ilmu falak Alam Melayu yang dapat dirumuskan dalam kajian ini, termasuklah pengukuran waktu, takwim, jadual falak dan penggunaan Sukuan Sinus. Ilmu Bintang Dua Belas pula didapati menjadi sebahagian dari keperluan takwim yang berasaskan ramalan. Sesuai sebagai bidang utama ilmu falak Alam Melayu, kajian ini mendapati aplikasi matematik dalam bidang utama tersebut melibatkan konsep geometri dan trigonometri secara meluas. Selain daripada naskhah-naskhah falak yang dikaji, aplikasi ilmu falak juga didapati dalam beberapa kitab ilmu fekah utama Alam Melayu. Ini menunjukkan kesepaduan ilmu yang ada pada ilmuwan falak Alam Melayu dan metodologi penyampaian secara bersepadu sains dengan keperluan agama didapati lebih berkesan. Ini boleh dibandingkan dengan langkah-langkah pengasingan antara sains dan keperluan ibadat, yang sebenarnya melemahkan aplikasi sains dalam ibadat. Kajian ini juga telah membuktikan yang naskhah falak Alam Melayu menggunakan sumber daripada karya utama sains tamadun Islam seperti karya al-Biruni, Nasir al-Din Tusi, Sibti al-Maridini dan Ulugh Beg. Setiap satu sumber ini dinyatakan sama ada secara langsung atau perbandingan yang dilakukan terhadap kandungan dalam naskhah falak Alam Melayu dengan sumber matematik tamadun Islam. Beberapa proses sintesis kaedah-kaedah ilmu falak juga telah dibuktikan, termasuklah penggunaan rumus trigonometri yang sesuai dengan keadaan geografi Alam Melayu, terutamanya berkaitan rumus penentuan azimut dan kiblat. Kaedah-kaedah amali falak pula telah mengambil kira keberkesanan dan toleransi yang dibenarkan mengikut peraturan fekah. Bagi aspek sains rakyat yang dikaji, sama ada yang diambil dari luar atau sumber tempatan mengandungi konsep-konsep matematik. Aplikasi unsur sains dan takwim Hijri Alam Melayu juga didapati bersifat boleh lentur, apabila asas sains bagi takwim tersebut diubah sesuai dengan dapatan baharu dalam sains. Misalnya, takwim Jawa/Islam mempunyai mekanisme takwim yang kompleks melalui penggunaan tempoh pergerakan kamariah tahunan yang tersendiri sebagai kesan pengubahsuaian konsep takwim Hindu kepada Islam. Begitu juga dengan penggunaan syarat kenampakan Anak Bulan yang dinyatakan dalam sebahagian takwim tahunan, membolehkan takwim disesuaikan dengan fenomena cakerawala apabila ketepatan tinggi diperlukan. Semua ini menunjukkan, ilmu falak Alam Melayu yang terdedah kepada pengaruh luar mempunyai nilai penyesuaiannya sendiri dan masyarakat mempunyai pilihan mengenainya. Kepesatan penggunaan ilmu falak sebagaimana yang ditunjukkan dalam kajian ini telah membuktikan bagaimana unsur-unsur sains dan matematik telah digunakan sebagai keperluan amalan hidup yang berkesan. Secara langsung, pembuktian ini menolak retorik sains Eropah yang dijadikan sebagai sumber unsur sains matematik terawal. Walau bagaimanapun, kajian ini telah membuktikan bahawa Alam Melayu telah mempunyai etnosains sendiri.
format Thesis
author Zainal, Baharrudin
spellingShingle Zainal, Baharrudin
Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
author_facet Zainal, Baharrudin
author_sort Zainal, Baharrudin
title Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
title_short Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
title_full Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
title_fullStr Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
title_full_unstemmed Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu
title_sort etnomatematik dalam ilmu falak alam melayu
publishDate 2009
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/1/IPM_2009_3a.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/
_version_ 1643823663881912320
spelling my.upm.eprints.72382013-05-27T07:34:16Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/ Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu Zainal, Baharrudin Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Alam Melayu, proses pendidikan di negeri-negeri Alam Melayu telah didominasi oleh sains Eropah. Proses ini telah memencilkan sama sekali etnosains dan sains yang bersumberkan tamadun Islam yang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu. Terdapat kelompongan dalam kajian sejarah sains Alam Melayu, kerana kesan kedatangan Islam terhadap kemajuan sains dan matematik kurang diambil perhatian. Salah satu aspek sains ini ialah ilmu falak sebagai cabang matematik. Kajian ini telah menghalusi sebahagian naskhah falak Alam Melayu pra modenisasi untuk menunjukkan bidang utama ilmu falak yang dipraktikkan di Alam Melayu. Begitu juga persoalan hubungan ilmu falak dengan matematik zaman tamadun Islam, ciri-ciri etnomatematik dan kemungkinan berlakunya proses sintesis ilmu falak untuk kegunaannya di Alam Melayu. Sesuai dengan penggunaan naskhah falak sebagai data, penyelidikan yang dijalankan ini menggunakan kaedah kajian teks dengan analisis kandungan. Rangka kerja dalam kaedah penyelidikan kualitatif ini lebih terbuka kerana semasa kajian teks konsep-konsep matematik deskriptif yang terdapat dalam sesuatu naskhah telah dijelmakan kepada konsep dan rumus matematik yang lebih difahami. Ini membolehkan perbandingan dibuat dengan sumber matematik tamadun Islam atau rumus semasa. Kajian ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 52 naskhah falak Alam Melayu pra modenisasi sebagai data untuk kajian teks. Bidang utama ilmu falak Alam Melayu yang dapat dirumuskan dalam kajian ini, termasuklah pengukuran waktu, takwim, jadual falak dan penggunaan Sukuan Sinus. Ilmu Bintang Dua Belas pula didapati menjadi sebahagian dari keperluan takwim yang berasaskan ramalan. Sesuai sebagai bidang utama ilmu falak Alam Melayu, kajian ini mendapati aplikasi matematik dalam bidang utama tersebut melibatkan konsep geometri dan trigonometri secara meluas. Selain daripada naskhah-naskhah falak yang dikaji, aplikasi ilmu falak juga didapati dalam beberapa kitab ilmu fekah utama Alam Melayu. Ini menunjukkan kesepaduan ilmu yang ada pada ilmuwan falak Alam Melayu dan metodologi penyampaian secara bersepadu sains dengan keperluan agama didapati lebih berkesan. Ini boleh dibandingkan dengan langkah-langkah pengasingan antara sains dan keperluan ibadat, yang sebenarnya melemahkan aplikasi sains dalam ibadat. Kajian ini juga telah membuktikan yang naskhah falak Alam Melayu menggunakan sumber daripada karya utama sains tamadun Islam seperti karya al-Biruni, Nasir al-Din Tusi, Sibti al-Maridini dan Ulugh Beg. Setiap satu sumber ini dinyatakan sama ada secara langsung atau perbandingan yang dilakukan terhadap kandungan dalam naskhah falak Alam Melayu dengan sumber matematik tamadun Islam. Beberapa proses sintesis kaedah-kaedah ilmu falak juga telah dibuktikan, termasuklah penggunaan rumus trigonometri yang sesuai dengan keadaan geografi Alam Melayu, terutamanya berkaitan rumus penentuan azimut dan kiblat. Kaedah-kaedah amali falak pula telah mengambil kira keberkesanan dan toleransi yang dibenarkan mengikut peraturan fekah. Bagi aspek sains rakyat yang dikaji, sama ada yang diambil dari luar atau sumber tempatan mengandungi konsep-konsep matematik. Aplikasi unsur sains dan takwim Hijri Alam Melayu juga didapati bersifat boleh lentur, apabila asas sains bagi takwim tersebut diubah sesuai dengan dapatan baharu dalam sains. Misalnya, takwim Jawa/Islam mempunyai mekanisme takwim yang kompleks melalui penggunaan tempoh pergerakan kamariah tahunan yang tersendiri sebagai kesan pengubahsuaian konsep takwim Hindu kepada Islam. Begitu juga dengan penggunaan syarat kenampakan Anak Bulan yang dinyatakan dalam sebahagian takwim tahunan, membolehkan takwim disesuaikan dengan fenomena cakerawala apabila ketepatan tinggi diperlukan. Semua ini menunjukkan, ilmu falak Alam Melayu yang terdedah kepada pengaruh luar mempunyai nilai penyesuaiannya sendiri dan masyarakat mempunyai pilihan mengenainya. Kepesatan penggunaan ilmu falak sebagaimana yang ditunjukkan dalam kajian ini telah membuktikan bagaimana unsur-unsur sains dan matematik telah digunakan sebagai keperluan amalan hidup yang berkesan. Secara langsung, pembuktian ini menolak retorik sains Eropah yang dijadikan sebagai sumber unsur sains matematik terawal. Walau bagaimanapun, kajian ini telah membuktikan bahawa Alam Melayu telah mempunyai etnosains sendiri. 2009-08 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7238/1/IPM_2009_3a.pdf Zainal, Baharrudin (2009) Etnomatematik Dalam Ilmu Falak Alam Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. English