Halangan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing

Penguasaan kemahiran mendengar sukar dikuasai kerana sering berhadapan dengan beberapa halangan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka apakah bentuk halangan bagi pelajar menguasai kemahiran mendengar bahasa Arab dalam kalangan siswa pendidik di sebuah Institut Pendidikan Guru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Sumaiyah, Mustapha, Nik Farhan, Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah, Wan Sulong, Wan Muhammad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74487/1/Halangan%20penguasaan%20kemahiran%20mendengar%20bahasa%20Arab%20sebagai%20bahasa%20asing%20%20.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74487/
http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/32
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penguasaan kemahiran mendengar sukar dikuasai kerana sering berhadapan dengan beberapa halangan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka apakah bentuk halangan bagi pelajar menguasai kemahiran mendengar bahasa Arab dalam kalangan siswa pendidik di sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Kajian ini merupakan satu kajian kes di sebuah Institut Pendidikan Guru di negeri Selangor.Data dikumpul melalui temubual separa-berstruktur dalam bahasa Arab dengan enam orang (n=6)pelajar yang dipilih secara purposive sampling. Data temubual dianalisis menggunakan perisian ATLAS.t i untuk mengenalpasti tema-tema yang muncul.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor utama halangan terhadap kemahiran mendengar iaitu luaran dan dalaman. Faktor luaran ialah yang berkaitan dengan perkataan, kelajuan penutur, teks yang didengar, kekurangan bahan bantubelajar dan gangguan luar. Manakala faktor dalaman ialah yang berkaitan dengan individu seperti sikapyang negatif, mudah hilang tumpuan dan mengambil masa yang lama untuk faham. Dapatan utama kajian mendapati wujud beberapa masalah dalam aspek penguasaan kemahiran mendengar dalam bahasa Arab.Oleh yang demikian, adalah disarankan siswa pendidik didedahkan dengan kepentingan penggunaan strategi kemahiran mendengar dan mengaplikasikannya bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mereka. Selain itu, aktiviti kemahiran mendengar dalam kelas juga perlu dipelbagaikan dengan mengambil kira kesesuaian tahap pelajar.