Kualiti perkahwinan, keutuhan keluarga dan pencapaian anak di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kualiti perkahwinan dan keutuhan keluarga dengan pencapaian anak di Sarawak. Seramai 127 orang ibu yang mempunyai anak berusia tujuh hingga sembilan tahun telah dipilih melalui teknik pensampelan berkelompok. Kualiti perka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arshat, Zarinah, Anak Pana, Cecelia
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Akademia Baru 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74808/1/Kualiti%20perkahwinan%2C%20keutuhan%20keluarga%20dan%20pencapaian%20anak%20di%20Sarawak%20.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74808/
https://www.researchgate.net/publication/326145940_Kualiti_Perkahwinan_Keutuhan_Keluarga_dan_Pencapaian_Anak_di_Sarawak
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kualiti perkahwinan dan keutuhan keluarga dengan pencapaian anak di Sarawak. Seramai 127 orang ibu yang mempunyai anak berusia tujuh hingga sembilan tahun telah dipilih melalui teknik pensampelan berkelompok. Kualiti perkahwinan telah diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale dan keutuhan keluarga dinilai dengan menggunakan Australian Inventory of Family Strength. Kompetensi sosial dan estim diri anak telah diukur menggunakan Social Competence Scale dan Rosenberg Self-Esteem Scale. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai kualiti perkahwinan dan keutuhan keluarga yang sederhana. Kebanyakan responden juga mempersepsikan bahawa anak mereka mempunyai tahap kompetensi sosial dan estim diri yang sederhana. Analisis data menunjukkan bahawa anak yang mempunyai tahap kompetensi sosial yang tinggi mempunyai ibu bapa yang bahagia dalam perkahwinan mereka. Hasil kajian memberi implikasi bahawa kualiti perkahwinan mempengaruhi kompetensi sosial anak.