Strategi pembacaan untuk memahami teks KOMSAS dalam kalangan pelajar Orang Asli

Strategi pembacaan untuk memahami teks Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) diperlukan dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan penguasaan teks prosa moden dan tradisional. Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak menggunakan strategi pemahaman teks yang betul menyebabkan mereka tidak memah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mohd Ashri
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75447/1/FBMK%202018%2025%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Strategi pembacaan untuk memahami teks Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) diperlukan dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan penguasaan teks prosa moden dan tradisional. Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak menggunakan strategi pemahaman teks yang betul menyebabkan mereka tidak memahami kandungan teks bacaan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pencapaian pemahaman teks KOMSAS prosa moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli sebelum dan selepas menggunakan strategi PQ4R (Harley, 2014), dan menganalis tahap keaktifan pemahaman teks KOMSAS dalam kalangan pelajar Orang Asli. Kajian secara lapangan ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi dengan menerapkan strategi PQ4R yang melibatkan langkah Prebiu, Soalan dan 4R, iaitu Baca, Refleksi, Baca Semula dan Semak dalam pengajaran pemahaman teks prosa moden dan tradisional. Seramai 50 pelajar tingkatan empat dalam kalangan Orang Asli di SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur dipilih menjadi sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman teks KOMSAS prosa moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli sebelum dan selepas menggunakan strategi PQ4R mencatatkan pencapaian yang baik dan cemerlang. Hal ini bermakna pemahaman teks KOMSAS dalam prosa moden dan tradisional oleh pelajar telah mencapai tahap yang positif selepas menggunakan strategi PQ4R, berbanding tahap yang lemah dan sangat lemah sebelum aplikasi dilakukan oleh pelajar. Hasil analisis data kuantatif daripada SPSS menunjukkan bahawa sebelum strategi PQ4R diperkenalkan kepada pelajar, min markah pencapaian ujian pemahaman prosa moden adalah sebanyak 3.34. Selepas strategi PQ4R diperkenalkan kepada pelajar sebelum mereka membaca dan memahami teks, skor min meningkat kepada 6.32. Min markah pencapaian ujian bagi pemahaman prosa tradisional dalam kalangan pelajar sebelum menggunakan strategi PQ4R adalah sebanyak 2.54 berbanding dengan 5.76 selepas menggunakan strategi PQ4R. Dalam makna yang lebih luas, min markah pencapaian ujian pemahaman teks prosa moden lebih tinggi daripada teks prosa tradisional. Seterusnya, proses tahap keaktifan pemahaman teks KOMSAS menggunakan strategi PQ4R dalam kalangan pelajar Orang Asli mencatatkan pencapaian sangat tinggi. Kajian berkaitan strategi pembacaan untuk memahami prosa memberi manfaat kepada pelajar untuk menguasai pelbagai teks yang dipelajari dengan berkesan setelah menggunakan strategi yang betul.