Pola penggunaan dan perbelanjaan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan pengguna bandar
Tenaga elektrik dan air merupakan suatu keperluan asas yang penting dalam kehidupan. Tahap penggunaan peralatan elektrik dalam dunia yang serba maju ini semakin meningkat di mana pengguna semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Di sebalik pelbagai kesukara...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75660/1/MACFEA2015-6.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75660/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tenaga elektrik dan air merupakan suatu keperluan asas yang penting dalam kehidupan. Tahap penggunaan peralatan elektrik dalam dunia yang serba maju ini semakin meningkat di mana pengguna semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Di sebalik pelbagai kesukaran untuk mendapatkan air yang bersih, telah didapati bahawa penduduk Malaysia telah menggunakan air secara tidak berhemah, di mana mengikut statistik, penggunaan air bagi setiap individu dalam sehari adalah sebanyak 225 liter, berbanding Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter sehari. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pola penggunaan dan perbelanjaan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan pengguna bandar. Kajian ini melibatkan seramai 480 wakil isi rumah yang bekerja di beberapa agensi awam dan berada di kawasan bandar metropolitan bagi mewakili 4 zon utama Semenanjung Malaysia iaitu Alor Setar (Zon Utara), Kuala Terengganu (Zon Timur), Shah Alam (Zon Barat) dan Johor Baharu (Zon Selatan) dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Melalui kaedah ini, isi rumah yang terpilih telah diberikan borang soal selidik dengan menggunakan instrument yang diadaptasi daripada Teaching Green-The Middle Years untuk dilengkapkan. Analisis deskriptif digunakan untuk penganalisisan data. Hasil kajian mendapati, sebahagian besar responden tidak terlibat dengan penggunaan berlebihan dari segi penggunaan tenaga elektrik dan penggunaan air. Namun begitu, masih terdapat pengguna yang menggunakan tenaga secara berlebihan dan pembaziran ke atas penggunaan sumber ini menyebabkan perbelanjaan ke atas penggunaan sumber-sumber tersebut turut meningkat. Dapatan ini mencadangkan supaya menggunakan peralatan yang jimat tenaga, menutup suis utama elektrik dan sistem pengudaraan rumah di Malaysia perlulah diperbaiki. Sementara itu, penggunaan air yang berhemah amat digalakkan bagi mengurangkan penggunaan sumber air serta penggunaan sistem tadahan air hujan di rumah perlu diwujudkan. |
---|