Pengalaman residen menjalani rawatan dan pemulihan berasaskan pendekatan Therapeutic Community di pusat pemulihan dan penjagaan di Kuala Lumpur, Malaysia

Penyelidikan ini telah dijalankan di Rumah Pengasih di Kuala Lumpur. Kajian telah memfokuskan pengalaman informan kajian menyertai program rawatan dan pemulihan menggunakan pendekatan Therapeutic Community, aktiviti yang paling memberi kesan dan elemen penting yang perlu ada dalam diri residen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Murad, Nurfatin Afza
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75756/1/FEM%202018%2025%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75756/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Penyelidikan ini telah dijalankan di Rumah Pengasih di Kuala Lumpur. Kajian telah memfokuskan pengalaman informan kajian menyertai program rawatan dan pemulihan menggunakan pendekatan Therapeutic Community, aktiviti yang paling memberi kesan dan elemen penting yang perlu ada dalam diri residen untuk kekal bebas dadah. Penyelidikan ini telah menggunakan kaedah kualititatif berasaskan rekabentuk kajian kes tunggal. Teknik pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik serta temubual mendalam ke atas 22 informan yang sedang menjalani proses rawatan dan pemulihan dadah di pusat tersebut. Hasil temubual dianalisis secra tematik dengan bantuan perisisan Atlas ti. Dapatan penyelidikan mendapati pengalaman informan mengikuti program rawatan dan pemulihan menggunakan pendekatan Therapeutic Community berpaksikan konsep kekeluargaan, tekanan rakan sebaya, sesi terapi, sesi agama dan contoh tauladan. Aktiviti perkongsian berkumpulan, cara berkomunikasi dengan orang lain, ilmu keagamaan, sesi encounter, booking, confrontation dan berdikari dalam pengurusan diri adalah elemen yang memberi kesan dalam diri informan kajian. Dapatan kajian juga menemukan elemen penting yang perlu ada dalam diri untuk bebas dadah iaitu kesediaan untuk berubah, mendengar nasihat, arahan dan patuhi arahan serta melibatkan diri dengan aktif dalam program.