Perkaitan antara persekitaran rumah, amalan pengajaran guru, kompetensi dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanak-kanak prasekolah di Selangor, Malaysia
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara persekitaran rumah, amalan pengajaran guru, kompetensi diri dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanakkanak prasekolah di negeri Selangor. Seterusnya meneroka halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dalam usaha memupuk kreativiti kanak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75775/1/FEM%202018%2038%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75775/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara persekitaran rumah, amalan
pengajaran guru, kompetensi diri dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanakkanak
prasekolah di negeri Selangor. Seterusnya meneroka halangan-halangan yang
dihadapi oleh guru dalam usaha memupuk kreativiti kanak-kanak prasekolah. Kajian
ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh dapatan kualitatif. Sampel
kajian kuantitatif terdiri daripada 386 kanak-kanak prasekolah di negeri Selangor yang
dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis (stratified cluster
random sampling). Reka bentuk kajian ini ialah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik dan ujian kreativiti. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) 20. Hasil kajian menunjukkan tahap kreativiti
kanak-kanak adalah sederhana (min=15.85 dan SP=5.67). Hasil analisis Ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan kreativiti kanak-kanak prasekolah yang
signifikan berdasarkan lokasi dan jantina. Analisis ujian Anova sehala juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan kreativiti yang signifikan berdasarkan tahap
pendapatan keluarga serta akademik ibu dan bapa. Analisis korelasi Pearson pula
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara kreativiti kanak-kanak
prasekolah dengan amalan pengajaran guru, persekitaran rumah, kompetensi dan
penerimaan sosial. Melalui analisis regrasi pelbagai Stepwise, didapati bahawa secara
signifikan amalan pengajaran guru merupakan penyumbang terbesar kepada kreativiti
kanak-kanak; iaitu sebanyak 34.7%. Ini diikuti oleh persekitaran rumah yang
menyumbang sebanyak 4.9% dan kompetensi diri sebanyak 2.3%. Kajian kualitatif
yang menggunakan reka bentuk kajian kes telah dijalankan dengan menemu bual 12
orang peserta yang terdiri daripada guru prasekolah, ibu dan kanak-kanak prasekolah.
Melalui analisis secara tematik terhadap dapatan temu bual, didapati terdapat empat
punca utama yang menghalang pemupukan kreativiti kanak-kanak prasekolah iaitu berpunca daripada guru, ibu bapa, kesediaan kanak-kanak dan halangan fizikal. Kajian
ini mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk melihat faktor penyumbang
yang lain dalam peningkatan kreativiti kanak-kanak prasekolah. Akhir sekali, kajian
ini memberi sumbangan dalam meluaskan badan pengetahuan yang sedia ada dengan
menambah sedikit sebanyak informasi berkenaan bidang kreativiti kanak-kanak
prasekolah. |
---|