Pendidikan keusahawanan dan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan usahawan bimbingan program 2Years Exit Programme yang berjaya di Negeri Sembilan

Pembasmian kemiskinan telah lama dibahaskan diperingkat global dan lokal. Kini, dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030, pembasmian kemiskinan melalui pendidikan inklusif dan peluang pembelajaran sepanjang hayat, antaranya menggariskan pendidikan keusahawanan menjadi salah satu usaha ke arah pembang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Megat Tajudin, Putri Noorafedah, Idris, Khairuddin, Abd Rahim, Nur Aira, Arshad, Mohd Mursyid
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76662/1/GREDUC2019-7.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76662/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/GREDUC_GREduc2019_E-proceedings.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembasmian kemiskinan telah lama dibahaskan diperingkat global dan lokal. Kini, dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030, pembasmian kemiskinan melalui pendidikan inklusif dan peluang pembelajaran sepanjang hayat, antaranya menggariskan pendidikan keusahawanan menjadi salah satu usaha ke arah pembangunan mampan. Melalui proses pengalaman yang dilalui sebagai usahawan, pelbagai nilai-nilai hidup telah menjadi prinsip pegangan dan amalan. Sehubungan itu, penting untuk memahami nilai-nilai keagamaan yang memacu kejayaan usahawan. Bagi sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia mempunyai kepelbagaian agama dan budaya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan di Malaysia sehingga berjaya mencapai pemerkasaan. Peserta yang dipilih secara Persampelan Bertujuan ini merupakan bekas peserta Program 2Years Exit Programme (2YEP) yang telah disenaraipendek oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk kajian ini. Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan kecil dan sederhana seperti Jenis perniagaan yang dijalankan adalah dari kategori runcit, kedai makan dan kedai jahitan, penjaja menjual ayam gunting dan pengeluar produk minyak wangi jenama sendiri. Peserta kajian merupakan peserta-peserta yang berjaya dengan cemerlang dari projek rintis Program 2YEP 2014. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah Kajian Kes Kualitatif dan melibatkan seramai lima orang peserta kajian iaitu usahawan-usahawan bimbingan Program 2Years Exit Programme (2YEP) yang berjaya di Negeri Sembilan. Melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen, terdapat tiga tema yang ditemui iaitu Meletakkan matlamat berniaga kerana mencari keredaan Allah; Melaksanakan hak ke atas masyarakat; dan Keyakinan kepada kuasa Tuhan dalam menjalankan perniagaan. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas cadangan kepada agensi yang mempunyai program usahawan bimbingan melalui wadah pembangunan komuniti untuk memantapkan nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan masing-masing. Oleh kerana peserta kajian ini terdiri daripada usahawan bimbingan beragama Islam, pengkaji mencadangkan agar kajian masa hadapan mengkaji nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan bukan beragama Islam yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Pengkaji juga berpendapat bahawa, oleh kerana kesemua peserta kajian ini terdiri daripada kaum Melayu, dengan ini penemuan kajian mungkin menjurus kepada nilai keagamaan. Ini juga menjadi limitasi kajian ini iaitu dengan hanya merujuk kepada ruang lingkup usahawan Melayu Muslim.