Kekuatan dan cabaran penubuhan sekolah satu aliran

Perpaduan merupakan tonggak pembinaan Negara-bangsa. Demi mencapai perpaduan yang optimum, sistem pendidikan diamanahkan sebagai agen utama perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Evolusi Dasar Pendidikan Malaysia menyaksikan Sekolah Wawasan ditubuhkan sebagai salah satu usaha ke arah perpa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ku Samsu, Ku Hasnita, Ab. Halim, Adlina, Lee, Yok Fee, Sulaiman, Mohd Hafiz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76724/1/RECCNI2012-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76724/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perpaduan merupakan tonggak pembinaan Negara-bangsa. Demi mencapai perpaduan yang optimum, sistem pendidikan diamanahkan sebagai agen utama perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Evolusi Dasar Pendidikan Malaysia menyaksikan Sekolah Wawasan ditubuhkan sebagai salah satu usaha ke arah perpaduan. Akhir-akhir ini, kewujudan Sekolah Wawasan dilihat sebagai bukan lagi jalan penyelesaian terbaik oleh kementerian berwajib. Oleh yang demikian, isu penubuhan Sekolah Satu Aliran mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pemikir dan ahli politik sebagai alternatif. Sistem pendidikan sedia ada dicadangkan agar kembali ke arah mencapai semangat Penyata Razak 1956 dengan model Sekolah Satu Aliran. Persoalannya, sejauh manakah sistem pendidikan perlu diubah dan diolah agar integrasi tercapai? Benarkah sekolah satu aliran mampu memperbetulkan landasan perpaduan Negara? Justeru, penulisan ini merupakan suatu pengamatan awal berpandukan kepada temu bual mendalam terhadap 7 orang wakil pendidik sekitar Petaling Jaya dan Gombak, mewakili sekolah aliran kebangsaan, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kertas kertas ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendirian golongan pendidik terhadap penubuhan Sekolah Satu Aliran sebagai kunci perpaduan antara kaum. Rata-rata pendidik yang ditemui mempersetujui pelaksanaan sistem alternatif ini bersandarkan kepada kekuatan yang didokongnya. Walau bagaimanapun, proses pelaksanaan Sekolah Satu Aliran perlu dikaji dengan lebih mendalam agar tidak menyemai bibit-bibit perpecahan integrasi kaum. Sistem ini juga bakal mengharungi pelbagai rintangan pada peringkat awal penubuhannya.