Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik

Peranan keselarasan individu-persekitaran (P-E Fit) dalam meramal pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran (KUP) di pengajian peringkat tertiari, khususnya di Malaysia agak kurang diberi perhatian berbanding kajian yang sama ke atas pelajar bukan KUP. Penyesuaian turut memainkan peran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizan, Che' Rozaniza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/1/FPP%202019%201%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.77505
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.775052022-01-27T06:39:34Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/ Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik Azizan, Che' Rozaniza Peranan keselarasan individu-persekitaran (P-E Fit) dalam meramal pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran (KUP) di pengajian peringkat tertiari, khususnya di Malaysia agak kurang diberi perhatian berbanding kajian yang sama ke atas pelajar bukan KUP. Penyesuaian turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar KUP menyesuaikan diri dengan pembelajaran di peringkat tertiari. Kegagalan mengatasi masalah penyesuaian bukan sahaja menjejaskan kepuasan pelajar KUP, malah turut menjejaskan prestasi pengajian mereka. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk menyelidik sejauh mana tiga faktor P-E Fit iaitu keselarasan personaliti-pengkhususan (KPP), keselarasan kebolehan-permintaan (KKbP) dan keselarasan keperluan-perolehan (KKpP) meramal pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik melalui pengantaraan penyesuaian dan kepuasan. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap pencapaian akademik, penyesuaian, kepuasan, KPP, KKbP, dan KKpP pelajar KUP di politeknik. Menggunakan reka bentuk deskriptif korelasi, kajian ini melibatkan 145 orang pelajar KUP di lima buah politeknik yang menawarkan program Sijil Kemahiran Khas. Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Berbantukan Grafik (untuk mengenal pasti jenis personaliti pelajar KUP), Educational Opportunities FinderTM (untuk mengenal pasti jenis pengkhususan pengajian pelajar KUP), Inventori Keselarasan Kebolehan-Permintaan (untuk mengukur keselarasan antara kebolehan pelajar KUP dengan permintaan pengajian), Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan (untuk mengukur keselarasan antara keperluan pelajar KUP dengan perolehan pengajian), Inventori Penyesuaian Pelajar KUP (untuk mengukur penyesuaian di politeknik), dan Inventori Kepuasan Pelajar KUP (untuk mengukur kepuasan pengajian) telah digunakan untuk mengukur kesemua pemboleh ubah kajian. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk penganalisisan data kajian. Dapatan menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar KUP berada pada kedudukan baik (M = 3.38, SP = .38). Pelajar KUP turut menunjukkan tahap penyesuaian (M = 70.92, SP = 10.73), kepuasan (M = 58.60; SP = 8.29), KKbP (M = 56.08, SP = 8.77), dan KKpP (M = 31.39, SP = 4.21) yang sederhana. Padanan lemah antara pengkhususan pengajian yang sedang diikuti oleh pelajar KUP dengan jenis personaliti mereka turut diperoleh. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar KUP berdasarkan kelulusan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan tahap darjah pendengaran mereka. Keputusan analisis laluan menunjukkan penyesuaian pelajar dan kepuasan merupakan pengantara yang signifikan dalam menerangkan hubungan antara KKbP, dan KKpP dengan pencapaian akademik pelajar KUP. Pencapaian akademik pelajar KUP didapati hanya menerima kesan langsung daripada KPP tanpa melibatkan pengaruh penyesuaian pelajar atau kepuasan (β = .239; p <.001). Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa P-E Fit memberikan impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik sama ada dengan melalui atau tanpa melalui pengantaraan penyesuaian pelajar. Malah, penyesuaian turut membolehkan pelajar KUP menangani masalah ketidakselaran P-E Fit; seterusnya memberikan suatu kepuasan menyeluruh sepanjang mengikuti pengajian di politenik. 2018-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/1/FPP%202019%201%20ir.pdf Azizan, Che' Rozaniza (2018) Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Deafness Hearing impaired children - Education
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Deafness
Hearing impaired children - Education
spellingShingle Deafness
Hearing impaired children - Education
Azizan, Che' Rozaniza
Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
description Peranan keselarasan individu-persekitaran (P-E Fit) dalam meramal pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran (KUP) di pengajian peringkat tertiari, khususnya di Malaysia agak kurang diberi perhatian berbanding kajian yang sama ke atas pelajar bukan KUP. Penyesuaian turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar KUP menyesuaikan diri dengan pembelajaran di peringkat tertiari. Kegagalan mengatasi masalah penyesuaian bukan sahaja menjejaskan kepuasan pelajar KUP, malah turut menjejaskan prestasi pengajian mereka. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk menyelidik sejauh mana tiga faktor P-E Fit iaitu keselarasan personaliti-pengkhususan (KPP), keselarasan kebolehan-permintaan (KKbP) dan keselarasan keperluan-perolehan (KKpP) meramal pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik melalui pengantaraan penyesuaian dan kepuasan. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap pencapaian akademik, penyesuaian, kepuasan, KPP, KKbP, dan KKpP pelajar KUP di politeknik. Menggunakan reka bentuk deskriptif korelasi, kajian ini melibatkan 145 orang pelajar KUP di lima buah politeknik yang menawarkan program Sijil Kemahiran Khas. Inventori Keselarasan Personaliti-Pengkhususan Berbantukan Grafik (untuk mengenal pasti jenis personaliti pelajar KUP), Educational Opportunities FinderTM (untuk mengenal pasti jenis pengkhususan pengajian pelajar KUP), Inventori Keselarasan Kebolehan-Permintaan (untuk mengukur keselarasan antara kebolehan pelajar KUP dengan permintaan pengajian), Inventori Keselarasan Keperluan-Perolehan (untuk mengukur keselarasan antara keperluan pelajar KUP dengan perolehan pengajian), Inventori Penyesuaian Pelajar KUP (untuk mengukur penyesuaian di politeknik), dan Inventori Kepuasan Pelajar KUP (untuk mengukur kepuasan pengajian) telah digunakan untuk mengukur kesemua pemboleh ubah kajian. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk penganalisisan data kajian. Dapatan menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar KUP berada pada kedudukan baik (M = 3.38, SP = .38). Pelajar KUP turut menunjukkan tahap penyesuaian (M = 70.92, SP = 10.73), kepuasan (M = 58.60; SP = 8.29), KKbP (M = 56.08, SP = 8.77), dan KKpP (M = 31.39, SP = 4.21) yang sederhana. Padanan lemah antara pengkhususan pengajian yang sedang diikuti oleh pelajar KUP dengan jenis personaliti mereka turut diperoleh. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar KUP berdasarkan kelulusan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan tahap darjah pendengaran mereka. Keputusan analisis laluan menunjukkan penyesuaian pelajar dan kepuasan merupakan pengantara yang signifikan dalam menerangkan hubungan antara KKbP, dan KKpP dengan pencapaian akademik pelajar KUP. Pencapaian akademik pelajar KUP didapati hanya menerima kesan langsung daripada KPP tanpa melibatkan pengaruh penyesuaian pelajar atau kepuasan (β = .239; p <.001). Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa P-E Fit memberikan impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar KUP di politeknik sama ada dengan melalui atau tanpa melalui pengantaraan penyesuaian pelajar. Malah, penyesuaian turut membolehkan pelajar KUP menangani masalah ketidakselaran P-E Fit; seterusnya memberikan suatu kepuasan menyeluruh sepanjang mengikuti pengajian di politenik.
format Thesis
author Azizan, Che' Rozaniza
author_facet Azizan, Che' Rozaniza
author_sort Azizan, Che' Rozaniza
title Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
title_short Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
title_full Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
title_fullStr Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
title_full_unstemmed Hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di Politeknik
title_sort hubungan keselarasan individu-persekitaran dengan penyesuaian, kepuasan dan pencapaian akademik pelajar kurang upaya pendengaran di politeknik
publishDate 2018
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/1/FPP%202019%201%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77505/
_version_ 1724075576191352832