Ke arah memperkasakan pendidikan kerja sosial di Malaysia: satu penelitian kontemporari
: Isu kontemporari dalam bidang kerja sosial wajar diberikan tumpuan sebagai langkah check and balance kesan daripada penawaran program pendidikan kerja sosial di Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan rangkaian isu kontemporari dalam pendidikan kerja sosial serta cadangan dalam memperkasa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Global Academic Excellence
2019
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79661/ http://www.ijmtss.com/archived.asm?dataid=204&iDisplayStart=0&aaSorting=&isSearchDetail=1&dataidExtend=1713&iDisplayStartExtend=0&aaSortingExtend=&isSearchDetailExtend=1 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | : Isu kontemporari dalam bidang kerja sosial wajar diberikan tumpuan sebagai
langkah check and balance kesan daripada penawaran program pendidikan kerja sosial di
Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan rangkaian isu kontemporari dalam pendidikan
kerja sosial serta cadangan dalam memperkasakan pendidikan bidang kerja sosial di Malaysia.
5 orang informan kajian dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 - 48) melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia telah terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui pendekatan
fenomenologi. Antara isu utama yang telah disentuh adalah isu piawaian pendidikan kerja
sosial, isu akta kerja sosial, ketiadaan jawatan sebagai pekerja sosial, dan isu pendidikan kerja
sosial di universiti awam. Manakala rangkaian alternatif daripada informan kajian turut
dicadangkan untuk menyelesaikan isu kontemporari tersebut. Antara alternatif tersebut adalah
penguatkuasaan piawaian pendidikan kerja sosial di Malaysia, mengatasi konflik peranan
sebagai usaha penguatkuasaan akta kerja sosial, penetapan kriteria yang lebih jelas kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, penyelarasan kurikulum pendidikan kerja sosial yang
seragam, dan pentadbiran yang responsif pada peringkat universiti dan kementerian. Pelbagai
pihak seperti pendidik, pentadbir, penggubal polisi, dan pengamal kerja sosial perlu mencipta
kolaborasi yang erat dalam memperkasakan bidang kerja sosial di Malaysia. |
---|