Hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran bahasa melayu (BM) terhadap standard kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan pegawai SISC+ BM
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan Pegawai Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+ BM). Populasi kajian dipilih secara persampel...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2019
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80091/1/apjee342019_3.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80091/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap kompetensi domain diri, profesion dan sosial dalam kalangan Pegawai Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+ BM). Populasi kajian dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu melibatkan 180 daripada 360 orang pegawai SISC+ BM yang berada di 180 Pejabat Pendidikan daerah di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen. Kenyataan dalam pembinaan soal selidik adalah berdasarkan kepada Standard 2 (Pengetahuan dan Kefahaman) Model Standard Guru Malaysia dan Sukatan Pelajaran dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima, Kementerian Pendidikan Malaysia. Skala Likert 5 tahap persetujuan dibangunkan bagi mewakilkan diri peserta dengan memberi respons bagi satu siri kenyataan tentang tahap persetujuan mereka. Analisis data statistik dijelaskan melalui peratusan, sisihan piawai dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan min purata tahap pengetahuan dan kefahaman isi kandungan mata pelajaran (M = 4.49, SP = 0.41) pegawai SISC+ BM di Malaysia berada pada tahap tinggi. Statistik kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang besar antara ketiga-tiga domain, iaitu (r = .153). Data statistik turut membuktikan terdapat hubungan baik yang signifikan antara pengetahuan dengan pemahaman isi kandungan mata pelajaran BM pegawai SISC+BM terhadap ketiga-tiga domain dalam Standard 2, iaitu kompetensi domain diri, profesion dan sosial masing-masing (r (153) = 0.595; p = 0.01). Ini bermakna semakin tinggi tahap pengetahuan dan kefahaman SISC+BM maka semakin tinggi kompetensi domain diri, profesion dan sosial masing-masing. Kajian lanjut berkaitan bidang kepakaran SISC+ ini perlu diteruskan bagi memastikan ilmu pengetahuan, peranan serta kepakaran mereka disebar luas dan dimanfaat semaksimumnya demi kualiti guru Bahasa Melayu di Malaysia. |
---|