Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan islam

Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Yusoff, Mohamad Fitri, Zainon Hamzah, Zaitul Azma, Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah, Yaakob, Nor Azuwan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80093/1/Hubungan%20dialektikal%20praktis%20sosial%20muamalat%20dengan%20ciri%20leksikal%20wacana%20perbankan%20islam.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80093/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial muamalat. Hal ini kerana hubungan antara praktis sosial dengan wacana adalah hubungan dialektikal atau hubungan timbal balas. Justeru dengan mengaplikasi pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK), kajian ini bertujuan merungkai hubungan dialektikal antara praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa, daripada satu sudut, praktis sosial mempengaruhi pembentukan wacana, sementara daripada sudut yang lain pula, wacana berperanan memperteguh praktis sosial. Kajian ini memberi kefahaman bahawa, kewujudan ciri leksikal yang rencam dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu adalah bertujuan menampung keperluan praktis sosial muamalat, tambahan pula dalam konteks Malaysia perbankan Islam berkembang dalam kerangka perbankan konvensional