Kitab Aqidah Al-Najin dari segi pemaknaan, Tahqiq dan Takhrij: satu kajian awal

Artikel penyelidikan ini membahaskan tentang kitab ‘Aqidah al-Najin dari segi pemaknaan, tahqiq dan takhrij. Aqidah al-Najin merupakan salah sebuah kitab akidah yang digunakan secara meluas oleh masyarakat Nusantara sama ada sebagai kitab pengajian atau sumber rujukan dalam persoalan yang berkaitan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Muhammad Ramzi, Abdullah, Amini Amir, Abdul Kadir, Mohammad Nidzam, Mohd Yusoff, Ahmad Nasir
Format: Article
Published: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81176/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Artikel penyelidikan ini membahaskan tentang kitab ‘Aqidah al-Najin dari segi pemaknaan, tahqiq dan takhrij. Aqidah al-Najin merupakan salah sebuah kitab akidah yang digunakan secara meluas oleh masyarakat Nusantara sama ada sebagai kitab pengajian atau sumber rujukan dalam persoalan yang berkaitan dengan akidah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani atau juga dikenali dengan julukan Tuan Minal. Kitab ini berdasarkan versi cetakan Maktabah wa Matba’ah Ben Halabi, Patani, mengandungi 140 halaman merupakan antara kitab akidah yang paling tebal dihasilkan setelah kitab Wardu al-Zawahir yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatani. Pemaknaan merupakan satu usaha penterjemahan yang dilakukan untuk memberi maksud kepada sesuatu perkataan atau lainlain. Tahqiq dan takhrij merupakan dua istilah yang dipakai dalam kaedah para ulama mengenalpasti ketepatan maklumat sesebuah manuskrip atau kitab serta pencerahan terhadap beberapa perkara yang menjadi kesamaran dan perlu diperjelaskan. Pada dasarnya takhrij dan tahqiq lebih ditumpukan kepada kitab-kitab yang memuatkan riwayatriwayat hadith yang perlu dikesan sumber dan status periwayatannya. Matlamat di sebalik mentahqiq sesebuah kitab ialah bagi mendapat teks yang tepat sejajar dengan yang dikehendaki oleh pengarang asal kitab terbabit setelah dilakukan pengesahan penisbahan kitab itu kepada pengarang, tajuk yang dibahaskan serta menjelaskan maksud yang terkandung dalam kitab terbabit. Di sana terdapat perbezaan antara tugas yang dilakukan oleh seorang pentahqiq dan pentakhrij bagi kitab-kitab hadith atau kitab-kitab turath yang lain. Kitab yang ditahqiq ialah kitab yang telah disahkan benar judulnya, nama penulisnya, penisbahan kitab itu kepada penulis, dan teks kitab yang ditahqiq itu adalah paling menyamai dengan teks asal yang ditinggalkan oleh penulis asalnya. Atas sebab itu, usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi semua bentuk manuskrip ialah melakukan pengkajian dari aspek-aspek mentahqiq judul kitab, mentahqiq nama pengarangnya, mentahqiq penisbahan kitab itu kepada pengarangnya dan mentahqiq teks kitab sehingga jelas yang ia adalah hampir menyamai teks asal pengarangnya. Takhrij pula membawa pengertian. Namun dalam kalangan ulama Mutaakhirin, takhrij ialah menunjukkan tempat sesuatu hadith dari sumber asalnya yang dikeluarkan dengan sanadnya kemudian menerangkan martabat hadith itu jika ada keperluan untuk berbuat demikian. Manakala nas-nas hadith itu hendaklah dicari dalam sumber-sumber hadith dengan mengambil kira ketepatan teks hadith yang disebutkan oleh pengarang berserta kepelbagaian riwayatnya. Tujuannya ialah bagi memastikan bahawa apa yang dinyatakan oleh pengarang adalah berdasarkan pengambilan yang tepat daripada sumber-sumbernya. Artikel ini menceritakan tentang proses dan strategi kajian yang dijalankan terhadap ‘Aqidah al-Najin dari segi pemaknaan, tahqiq dan takhrij yang menggunakan kaedah pengkajian tekstual (textual studies). Setiap teks dalam kitab tersebut diteliti dan dikaji hingga mustahil dikatakan bahawa ada yang terlepas daripada kajian berkenaan.